Sejarah Hidup Al-Habib Umar bin Abdul Rahman Al-Attas
al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Nama beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin Agil bin Salim bin
Ubaidullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman
as-Seggaf bin Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur bin
Sayyidina al Faqih al Muqaddam Muhammad bin Ali binl Imam Muhammad
Shahib Mirbath bin Ali bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin
Imam al Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an Naqib binl Imam Ali al
Uraidhi bin Jaafar as Shadiq binl Imam Muhammad al Baqir binl Imam Ali
Zainal Abidin binl Imam Hussein as Sibith binl Imam Ali bin Abi Thalib
dan binl Batul Fatimah az-Zahra binti Rasullullah S.A.W.
Asal dinamakan ‘Al Attas’
Kata al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad:
“Beliau dinamakan
al-Attas yang bermaksud bersin, kerana beliau pernah bersin ketika masih
berada di dalam perut ibunya”. Kata al- Habib Ali bin Hassan al-Attas:
“Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Syeikh al-Faqih Abdullah bin Umar
Ba’ubad adalah benar, hanya saja menurut khabar yang paling benar
dikatakan bahawa pertama kali bersin ketika masih berada di perut ibunya
adalah Habib Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas, sehingga berita itu hanya dikenal pada diri beliau dan anak
beliau dan anak cucu Aqil dan Abdullah, saudara beliau. Sedangkan anak
cucu Sayyidina Aqil bin Salim yang lain dikenal dengan nama keluarga
Aqil bin Salim”.
Berkata al-Habib Ali bin Hassan: “Tidak henti-hentinya didengar dari
mereka suara bersin di perut-perut sebahagian ibu waktu demi waktu,
sebagaimana yang diberitahukan oleh isteriku, seorang wanita solehah.
Syeikha binti Sahal bin Abi Bakar bin Syaiban bin Ahmad bin Ishaq,
katanya: “Pada suatu hari sewaktu aku duduk bersama Sharifah Fatimah bin
Habib Muhammad Basurah Ba’alawi, waktu itu aku sedang mengandung
puteramu yang bernama al Hasan yang pertama, aku terdengar ia bersin
ketika ia masih di dalam perutku, aku dan Sharifah Fatimah mendengar
suara bersin itu dengan jelas, dan ia dilahirkan pada waktu 1147 H,
tetapi ia wafat waktu masih kecil”.
Al Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebutkan di dalam kitabnya
Ta’jul A’raas juz pertama halaman 40. bahawa di Mekah pernah didengar
suara bersin ddari anak yang masih di dalam perut ibunya, tentunya
kejadian itu termasuk kejadian karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu
Sunnah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab Tauhid dan
Aqoid mereka beserta dalil-dalilnya yang terkenal yang bersumber dari
al-Quran dan as-Sunnah.
Imam Nawawi pernah menyebutkan di dalam kitabnya Riyaadhus
Shalihin di dalam bab al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu sebuah
hadith yang memberitakan kisah seorang rahib yaang bernama Juraij, yang
kerananya Allah menakdirkan seorang bayi bercakap-cakap untuk memberikan
kesaksian tentang diri Juraij, tentunya bersin ketika seorang bayi
masih di dalam kandungan ibunya tidak berbeza jauh dengan seorang bayi
yang bisa bercakap-cakap setelah ia lahir, kejadian-kejadian semacam ini
tidak sulit bagi Allah sebab Allah Maha Kuasa untuk mentakdirkan apa
saja yang Dia kehendaki.
Kelahiran dan tempat diasuhnya al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Beliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di
bahagian bawah negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada
tahun 229H. Sejak kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau
sendiri, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak
kecil, tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati (
Bashirah ), sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah
didengarnya.
Ayah beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil pernah berkata pada
Syeikh Abdurrahman bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal dengan
panggilan al-Mu’allim: “Hendaknya anda lebih banyak memberikan perhatian
kepada Umar, kerana kedua matanya tidak dapat melihat”. Jawab Syeikh
Abdurrahman: “Meskipun kedua mata Umar tidak dapat melihat, tetapi
pandangan Bashirahnya dapat melihat, disebabkan hatinya bersinar”.
Sejak kecil beliau anak yang tekun beribadah, hidup zuhud
berpaling dari dunia dan sejak kecil sudah terlihat tanda-tanda
kebesaran pada diri beliau. Sejak kecil, beliau sering ke kota Tarim
dari dusunnya Lisk dan melakukan sholat dua rakaat di setiap masjid yang
ada di kota Tarim, bahkan kadang menimba air dari sumur untuk mengisi
kolam-kolam masjid.
Di masa kecilnya, beliau senantiasa dibimbing oleh ayah beliau
dan guru-guru beliau, misalnya al-Habib Hussien, al-Habib Hamid,
al-Habib Muhdhor, putra-putra Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim yang
sering dikunjungi oleh ayah beliau, iaitu al-Habib Abdul Rahman bin
Aqil.
Ayahanda al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang Arif Billah,
seorang ulama yang taat menjalani hukum-hukum Allah, beliau tokoh para
wali terkemuka, beliau pernah menerima ilmu dan wilayah dari pamannya,
iaitu Syeikh abu Bakar bin Salim, pamannya yang satu ini amat cinta
kepada Sayyid Abdul Rahman dan kepada ayah beliau iaitu al-Habib Aqil.
Al-Habib Aqil adalah saudara sekandung dengan Syeikh abu Bakar bin
Salim, yang mana Syeikh Abu Bakar bin Salim ada menyebut tentang
saudaranya yang satu ini:
“Apa yang ada di Wali Masyhur ( iaitu dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali Mastur ( iaitu saudaranyaa yang bernama Aqil )”
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang yang mulia, suci
dan hati yang bersih, beliau sering mengunjungi Wadi Amed dan Wadi
Kaser, penduduk kawasan-kawasan itu senantiasa menghormatinya,
mengagungkannya dan memohon barakah beliau. Beliau mempunyai pelbagai
karomah, di antaranya adalah pada suatu hari beliau berkunjung di suatu
desa yang ada di Wadi Amed. Ketika itu hujan turun lebat sehingga beliau
berkata kepada untanya: “Pergilah engkau dan carilah sebuah tempat
berteduh dan akupun akan berbuat yang sama dan besok kita bertemu di
desa Qaran bin Adwan”. Keesokan harinya ketika beliau tiba di desa
Qaran, maka beliiau tidak mendapati untanya, sehingga beliau bertanya
kepada pembantunya: “Ke manakah perginya unta?” Tetapi sang pembantu
tidak dapat menemukannya. Pada keesokan paginya, unta itu datang lengkap
dengan barang-barangnya.
Ketika al-Habib Abdul Rahman wafat di kota Huraidhah, maka
al-habib Umar menyuruh pembantunya untuk membantu pencari tanah yang
cocok untuk dijadikan sebagai kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu
mendapatkan sebidang tanah yang ditandai dengan sebuah tiang dari
cahaya, akhirnya al-Habib Abdul Rahman dimakamkan di temppat tersebut.
Biasanya jika al-Habib Umar berziaraah ke makam ayahnya, maka beliau
bercakap-cakap dengan ayah beliau dari balik kubur.
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil bernikah dengan dua orang wanita,
iaitu Syarifah Muznah binti Muhammad bin Ahmad bin Alawi al-Jufri.
Syarifah ini adalah bondaa bagi al-Habib Umar dan saudara-saudara
sekandungnya, iaitu al-Habib Abdullah dan al-Hababah Alawiyah.
Selanjutnya beliau bernikah dengan seorang wanita ddarri Yemen dari
keluarga al-Bathouq salah satu dari kabilah Bani Ahmad iaitu Arobiyah
binti Yamani Bathouq. Isteri beliau yang kedua ini melahirkan beberapa
orang anak di antaranya Aqil, Sholeh, Musyayakh dan Maryam.
Pada umumnya beliau berdomisili di Lisk, tetapi beliau sering
berkunjung ke Ainat, Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Do’an. Akhirnya
beliau ditakdirkan ppindah di Huraidzah beberapa saat sebelum beliau
wafat iaitu bertepatan ketika al-Habib Umar telah mendapat petunjuk dari
kedua guru beliau iaitu al-Habib Hussein adn al-Habib Hamid putra
Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk pindah ke Huraidzah. Di desa Huraidzah
inilah beliau wafat.
Bonda al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Bonda beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi
al-Jufri. Bonda beliau termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa
putra Syarifah Muznah meninggal dunia dalam usia kecil, ia bernama
Ahmad. Setelah beberapa hari dari saat kematiannya, maka ada seekor
burung kecil berwarna hijau yang sering datang mengunjungi Syarifah
Muznah ini, sampai beliau berkata. “Jika engkau adalah ruh putraku yang
telah wafat, amak ddatanglah ke tanganku”. Setelah Syarifah Muznah
menghulurkan tangannya, maka burung kecil itu hinggap ke tangannya dan
menciumnya, kemudian beliau melepaskannya kembali, sehingga burung itu
terbang dari tangan beliau.
Saudara al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Beliau mempunyai empat orang saudara lelaki dan dua perempuan.
Adapun yang sekandung dengan beliau adalah Abdullah dan Alawiyah,
sedangkan Sholeh, Aqil, Musyayakh dan Maryam saudara dari ayah, ibu
mereka seorang wanita Yemen dari keluarga Bathouq dari kabilah Bani
Ahmad.
Adapun saudaara beliau iaitu al-Habib Abdullah bin Abdul Rahman
termasuk seorang tokoh wali yang terkenal, ia pernah melakukan pelbagai
latihan riadah dan mujahadah. Dan pergi berdakwah ke gunung Al Yafi’
tempat Bani Yafi’, setelah mendapat izin dari gurunya yang bernama
al-Habib Hussein bin Abu Bakar bin Salim dengan disertai oleh
pembantunya yang bernama Ali bin Ahmad Harharah Al Yafi’i.
Beliau menetap di desa Ma’zubah, sempat menikah di desa itu dan
mempunyai anak cucu. Makam beliau dan anak-anaknya di desa itu banyak
diziarahi orang dari berbagai tempat yaang jauh. Mereka diberi berbagai
karomah yang tidak sedikit jumlahnya, menurut al-Habib Ali bin Hassan
al-Attas, anak cucu beliau, ada seratus orang lebih yang sempat dihitung
di waktu Habib Ali masih hidup.
Saudara Habib Umar yang bernama al-Habib Aqil dikenal sebagai
seorang ulama yang selalu mengamalkan ilmunya. Al-Habib Aqil ini pernah
berguru dari Syeikh Muhammad biin Umar al-Afif di desa al-Hajrain,
hingga banyak orang yang menimba ilmu dari beliau setelah beliau kembali
ke Huraidzah. Setiap harinya al-Habib Umar menyempatkan diri untuk
menghadiri Majlis Ta’lim al-Habib Aqil setiap kali setelah beliau
kembali dari makam ayahnya.
Al-Habib Aqil wafat di kala Habib Umar masih hidup. Beliau
meninggalkan beberapa putra dan putri. Setelah ayahnya wafat, maka Habib
Umar mengasuh mereka dengan sebaik-baik asuhan. Setelah putra-putra
Habib Aqil dewasa, maka al-Habib Umar mengawinkan dengan putri-putri
beliau.
Adapun Musyayakh termasuk seorang yang sholeh, beliau wafat di
masa hidup al-Habib Umar, beliau meninggalkan seorang putri. Adapun
Sholeh, ia mempunyai seorang putra bernama Hussein. Adapun saudaranya
iaitu Maryam, telah menikah dengan Habib Syeikh bin Abdillah al-Musawa,
dan mempunyai beberapa oraang putra.
Pindahnya al-Habib Umar ke kota Huraidhah
Al-Habib Hussein bin Abu Bakar bin Salim sering berkata: “Wahai
keluarga Ba’alwi Huraidzah?” Maka dikatakan kepada beliau bahawa tidak
seorang pun dari keluarga Ba’alwi yang ada di desa itu, maka ia berkata:
“Kelak di desa itu akan didatangi keluarga Ba’alwi, wajah-wajah mereka
bagaikan bulan, dan akan memberikan manfaat kepada orang banyak.”
Ketika al-Habib Umar mencapai usia akil baligh, maka guru beliau
yang bernama al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim menyuruh
beliau untuk berdakwah ke desa al-Huraidzah. Demikian pula guru beliau
yang bernama al-Habib Hamid bin Syeikh Abu Bakar juga menyuruh beliau
untuk segera berdakwah di desa al-Huraidzah. Maka dengan bekal perintah
dari kedua guru beliau, al-Habib Umar segera berdakwah ke Huraidzah.
Al-Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebut di dalam kitab Taajul
A’raas juz 2 halaman 111 bahawa pada mulanya al-Habib Umar sering pulang
pergi ke Huraidzah. Akhirnya beliau menetap di sana pada tahun 1040 H.
Ketika al-Habib Umar tiba di Huraidzah untuk pertama kalinya,
beliau diminta oleh Syeikh Najjaad Adz Dzibyani untuk menetap di
rumahnya, dia sangat menghormati beliau dan mengatakan: “Ini
rumah-rumahmu” Sehingga Syeikh Najjaad mendapat barakah yang luar biasa
dari beliau.
Di desa itu ada seorang wanita yang bernama Sholahah, ia bernazar
untuk memberikan hartanya dan bagian dari rumahnya kepada Habib Umar,
kemudian al-Habib Umar meminangnya sebagai imbalan atas kebajikannya
itu.
Selanjutnya, sebelum al-Habib Umar menetap di desa al-Huraidzah,
maka beliau kembali ke desa Lisk lebih dahulu untuk mengajak ayahnya
ddan saudara-saudaranya untuk pindah ke Huraidzah. Pada mulanya ajakan
al-Habib Umar untuk pindah ke desa Huraidzah ditolak ayah beliau, tetapi
setelah keduanya minta pendapat dari al-Habib Hamid dan al-Habib
Hussein, maka kedua guru beliau menyuruh al-Habib Abdul Rahman untuk
mengikuti minat al-Habib Umar. Keduanya mengatakan: “Wahai Abdul Rahman,
pergilah bersama Umar, dan ikuti serta pegangi pendapatnya, sekalipun
kau adalah ayahnya dan diia anakmu”. Sehingga al-Habib Abdul Rahman
berkata kepada putranya: “Wahai Umar, kalau sekarang kami mau mengikuti
pendapatmu , maka lakukanlah apa saja yang terbaik bagi kami”.
Selanjutnya seluruh keluarga al-Habib Umar segera meninggalkan Lisk
menuju ke desa al-Huraidzah. Ketika rombongan itu tiba di desa Manwab,
maka al-Habib Umarr berkata: “Hendaknya kalian melanjutkan perjalanan
sampai ke Huraidzah, sebbab aku hendak singgah dulu di tempat isteriku
yang ada di desa ini”. Maka rombongan itu meneruskan perjalanannya ke
desa al-Huraidzah, sedangakan al-Habib Umar singgah dan menetap di desa
Manwab selama satu minggu.
Al-Habib Abdul Rahman, ayah al-Habib Umar mulai merasa sakit
setibanya beliau di desa Huraidzah, dan kerana sakit setibanya beliau,
maka beliau takut kalau ajalnya tiba, sedangkan Habib Umar tidak ada di
sisi beliau, kerana itu ketika al-Habib Umar tiba, maka beliau menegur
al-Habib Umar, tetapi al-Habib Umar mengajukan alasannya dan mohon maaf
sebesar-besarnya atas keterlambatannya itu, sehingga ayahnya mau
memaafkannya.
Dan sakitnya yang menyebabkan ajalnya tiba itu, al-Habib Abdul
Rahman merasa takut kalau al-Habib Umar tidak memperhatikan
saudara-saudaranya yang masih kecil dari ibu lain, sebab beliau tahu ibu
tirinya al-Habib Umar tidak sayang padanya sebagaimana umumnya kaum
wanita. Di saat ayahnya risaukan hal itu, maka al-Habib Umar yang
mengetahuinya secara Khasaf, maka beliau mendekati ayahnya dan beliau
berkata: “Wahai ayahku, tenanglah jangan engkau fikirkan tentang
keluargamu, aku Insya-Allah akan menyayangi saudara-saudaraku lebih dari
menyayangi diriku sendiri”. Maka hati al-Habib Abdul Rahman menjadi
gembira dan beliau mendoakan kebajikan baggi Habib Umar, apalagi di saat
itu, beliau sedang menyaksikan alam akhirat, tentu doa seorang ayah
yang sholeh bagi anaknya yang sholeh pula, akan sama dengan doa seorang
Nabi buat umatnya, apalagi al-Habib Abdul Rahman waktu itu sedang sakit,
Rasulullah pernah bersabda: “Jika kalian mengunjungi orang yang sedang
sakit, maka mintalah doa bagi kalian”. Al-Habib Umar memenuhi janjinya
kepada ayahnya dan beliau sangat memperhatikan kebutuhan
saudara-saudaranya, terutama dari segi pendidikan dan pemeliharaannya.
Wafatnya ayahanda al-Habib Umar
Beliau wafat setelah delapan hari tiba di desa al-Huraidzah.
Al-Habib Umar sibuk mempersiapkan perawatan jenazah ayah beliau,
kemudian beliau menyuruh pembantunya Mahmud an-Najar untuk memilih kubur
bagi ayahnya. Ketika Mahmud masuk di perkuburan al-Huraidzah, maka ia
dapatkan ada sebuah tanah yang disinari seberkas cahaya langit, maka di
tempat itulah al-Habib Abdul Rahman dikuburkan.
Al-Habib Umar rajin berziarah ke makam ayahnya, bahkan tidak
seharipun beliau pernah melupakannya. Pada suatu hari al-Habib Umar
berkata: “Ketika aku tidak berziarah ke makam ayahku selama beberapa
hari, maka aku lihat ayahku dalam mimpiku amat murka kepadaku kerana aku
tidak menziarahi beliau selama beberapa hari, aku lihat jasad beliau
menjadi besar, sehingga aku sulit untuk berjabat tangan dengan beliau
dikeranakan tingginya jasad beliau”.
Hubungan erat antara al-Habib Umar dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif
Dulu sebelum al-Habib Umar tiba di desa al-Huraidzah, maka
penduduknya sangat berkeyakinan kepada kewalian para sesepuh al-Masyaikh
dari keluarga al-Afif. Pada suatu hari, penduduknya minta kepada Syeikh
Abdullah bin Ahmad al-Afif, seorang wali dan sholeh yang terkemuka,
untuk memohonkan air hujan bagi penduduk desa Huraidzah. Kemudian mereka
keluar menuju ke suatu kubur wali, kebetulan pada saat itu al-Habib
Umar masih baru di desa itu dan masih belum dikenal orang, sehingga
penduduknya tidak memberitahu kepada beliau untuk berdoa bersama dengan
mereka dan merekapun tidak memberitahu kepada Syeikh Abdullah al-Afif
tersebut tentang keberadaan al-Habib Umar, sampai setelah mereka
melakukan doa bersama untuk memohon air hujan, lalu terdapat pembicaraan
sekitar keberadaan al-Habib Umar, maka Syeikh Abdullah berkata kepada
mereka: “Mengapa kalian tidak memberitahukan aku tentang keberadaan
al-Habib Umar, mungkin doa kalian tidak akan diterima dan air hujan
tidak akan turun”. Kemudian Syeikh Abdullah segera meninggalkan tempat
itu, kemudian mendatangi Habib Umar untuk mohon maaf. Kata al-Habib
Umar: “Wahai Syeikh Abdullah, desa ini adalah desa kalian dan aku di
desa ini hanya orang asing yang baru datang”. Kata Syeikh Abdullah:
“Bukan demikian wahai tuanku, bahkan desa ini adalah milikmu dan aku
tidak mempunyai hak apapun setelah tuan ada di sini”.
Al-Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi berkata: “Memang, al-Habib
Umar mempunyai hubungan yang erat dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad
al-Afif. Dan Syeikh Abdullah pernah berkata kepada beliau: “Memang,
Huraidzah adalah desa kami, akan tetapi kami serahkan kepada kamu”.
Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah pernah minta pakaian (Libas) dari
al-Habib Umar, maka kata beliau: “Besarnya rasa cintamu, hal itu sudah
cukup”.
Dalam juz kedua di dalam buku Taajul A’raas disebutkan, bahwa
al-Habib Ahmad binl Hassan al-Attas pernah menyebutkan tentang kisah
Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif: “Di desa Huraidzah, Syeikh Abdullah
al-Afif mempunyai sebuah kebun kurma, ketika al-Habib Umar tiba di desa
itu, maka Syeikh Abdullah bernazar untuk memberikan kebun kurma itu
kepada al-Habib Umar. Ketika hal itu diutarakan kepada al-Habib Umar,
maka beliau berkata kepada penduduk Huraidzah: “Wahai penduduk,
bagaimanakah pendapat kalian tentang nazar Syeikh Abdullah?” Jawab
penduduk Huraidzah: “Menurut kami, nazar Syeikh Abdullah adalah benar”.
Jawab Habib Umar: “Kalau begitu, tanah ini aku terima tetapi aku
hadiahkan kembali bagi kalian semua sebagai nazar dari aku, maka
terimalah tanah itu dari aku”. Ada seorang di antara mereka yang berkata
kepada beliau: “Mengapakah engkau tidak memberikannya kepada
keluargamu?” Kata al-Habib Umar: “Kelak anak cucuku akan memiliki desa
ini semuanya”.
Guru-guru al-Habib Umar al-Attas
Beliau berguru dari orang-orang yang pernah berguru dari
Sayyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim, terutama dari putra-putranya,
iaitu al-Habib Muhdhor bin Syeikh Abu Bakar, al-Habib Hussein bin Syeikh
Abu Bakar dan al-Habib Hamid bin Syeikh Abu Bakar.
Al-Habib Umar juga pernah berguru dari Habib Muhammad bin
Abdurrahman al-Hadi, dari Sayyid Umar bin Isa Barakwah as-Samarkandi
al-Maghribi yang dimakamkan di desa al-Ghurfah. Demikian pula al-Habib
Umar sering mengunjungi Syeikh al-Kabir Ahmad bin Shahal bin Ishaq
al-Hainani. Selain itu, beliau sangat erat hubungannya dan selalu
mengunjungi Habib Abu Bakar bin Abdurrahman bin Syihab dan Syeikh
Abdullah bin Ahmad al-Afif dan Syeikh Ahmad bin Abdul Kadir Ba’syin,
Shahib Rubath. Beliau pun sering mengunjungi Habib Abu Bakar bin
Muhammad Balfaqih, Shahib Qaidun. Selain itu, beliau gemar mengunjungi
orang-orang soleh dari Ahlul Bait maupun dari keluarga al-Masyaikh dan
orang-orang yang soleh.
Al-Habib Umar sangat mengagungkan dan menghormati guru beliau
yang bernama al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. sampaipun,
bila al-Habib Umar mendengar nama gurunya yang satu ini disebut orang,
maka wajah beliau berubah kerana mengagungkan gurunya yang satu ini,
bahkan adakalanya al-Habib Umar bercakap-cakap dengan al-Habib Hussein
bin Syeikh Abu Bakar di tengah satu majlis, sedangkan ucapan keduanya
tidak dapat dimengertikan orang lain. Syeikh Ali bin Abdillah Baraas
berkata: “Al-Habib Umar berkata, pada suatu hari aku mendatangi al-Habib
Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim dengan maksud untuk mudzakarah
tentang tariqah Tasawwuf, kebetulan ketika itu al-Habib Hussein sedang
berada di tengah anggota majlis ta’alimnya. Kemudian beliau berkata:
“Wahai Umar, seseorang yang tidak mengerti suati isyarat, maka ia tidak
akan dapat mengambil manfaat dari ibarat yang terang dan siapa yang
menjelaskan kata-kata yang sudah jelas dengan kata-kata yang lebih
jelas, ada kalanya dapat menambah pendengarannya makin bertambah
bingung”. Selanjutnya al-Habib Umar berkata: “Timbul rasa takut di
hatiku bahwa tutur kata guruku setela kata-kata itu sengaja ditujukan
bagiku”.
Al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim sangat
menghormati al-Habib Umar, bahkan beliau lebih mengunggulkan al-Habib
Umar dari saudara-saudaranya dan kawan-kawannya. Al-Habib Hussein tidak
pernah berdiri untuk menghormati orang, seperti halnya untuk al-Habib
Umar, hal itu tidak lain dikarenakan tingginya kedudukan Habib Umar.
Pada suatu hari al-Habib Umar bersama sekelompok para tokoh
Alawiyin datang ke tempat al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin
Salim, pada waktu itu al-Habib Umar merupakan satu-satunya orang yang
paling merendahkan diri dan memakai pakaian ang paling sederhana,
ditambah lagi kedua matanya tidak dapat melihat. Ketika al-Habib Hussein
melihat al-Habib Umar berada di paling belakang rombongan itu, maka
al-Habib Hussein berubah wajahnya, kemudian beliau berkata kepada
orang-orang yang terkemuka dari rombongan itu: “Sesungguhnya kalian
hanya lebih mengutamakan penampilan lahiriah, dan kalian tidak mau
memuliakan orang yang paling mulia menurut kedudukan yang sepantasnya,
andakata kalian tahu kemuliaan lelaki ini, iaitu al-Habib Umar, pasti
kedudukan kalian tidak ada artinya, leher-leher kalian akan menunuduk
dan ruh serta jasad kalian akan rindu kepadanya”. Kemudian beliau
menyebutkan keutamaan-keutamaan al-Habib Umar yang menyebabkan mereka
berasa betapa kecilnya dirinya masing-masing”.
Silsilah isnad al-Habib Umar dalam menerima hirqah
Al-Habib Umar menerima selendang hirqah dari al-Habib Hussein bin
Syeikh Abu Bakar bin Salim, sedangkan beliau menerimanya dari
saudaranya iaitu Syeikh Umar al-Muhdhor, beliau menerimana dari ayah
beliau, iaitu Syeikh Abu Bakar bin Salim, Shahib Ainat, beliau
menerimanya dari Syeikh Syihabudin Ahmad bin Abdurrahman, beliau
menerimanya dari ayah beliau, Syeikh Abdurrahman bin Ali, beliau
menerimanya dari ayahnya, Syeikh Ali bin Abu Bakar, beliau menerimanya
dari ayahnya, Syeikh Abu Bakar Sakran, beliau menerimanya dari ayahnya,
Syeikh al-Kabir Abdurrahman as-Seggaf, beliau menerimanya dari ayahnya,
iaitu Syeikh Muhammad Mauladawilah, beliau menerimanya dai ayahnya,
Syeikh Ali bin Alawi, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Alwi bin
Faqih al-Muqaddam, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Ustadzul A’dzam
al-Faqih al-Muqaddam Sayyidina Muhammad bin Ali Ba’alawi.
Adapun sumber penisbatan al-Hirqah dan silsilah isnad bagi Syeikh
al-Faqih al-Muqaddam berasal dua jalur, salah satu dari jalur ayah-ayah
beliau iaitu beliau dididik dan menerimanya dari ayah beliau, Ali bin
Muhammad dan dari paman beliau, Alawi bin Muhammad, keduanya menerima
dari ayahnya Muahmmad Syahib Mirbath, beliau menerimanya dari ayahnya,
Ali Khali’ Qasam, beliau menerimanya dari ayahnya, Alawi Shahib Samal,
beliau menerimanya dari ayahnya, Ubaidillah, beliau menerimanya dari
ayahnya, al-Imam Muhajir Ahmad bin Isa, beliau menerimanya dari ayahnya,
Isa an-Naqib, beliau menerimanya dari ayahnya, Muhammad, beliau
menerimanya dari ayahnya, Ali al-Uraidhi, beliau menerimanya dari
ayahnya, al-Imam Ja’far as-Shoddiq, beliau menerimanya dari ayahnya,
al-Imam Muhammad al-Baqir, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali Zainal
Abidin, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam al-Hussein dan dari
pamannya al-Imam al-Hassan, keduanya menerima dari kakeknya Nabi
Muhammad SAW, juga dari ayahnya al-Imam Ali bin Abi Thalib sedangkan
Nabi SAW menerimanya dari Allah seperti yang beliau katakan:
“Aku dididik oleh Tuhanku dan ia mendidikku dengan sebaik-baik didikan”.
Adapun jalur kedua yang diterima oleh Sayyidina al-Faqih
al-Muqaddam Thoriqoh Syuai’biyah iaitu lewat Syeikh Syu’aib Abu Madyan
al-Maghribi dengan perantaraan Abdurrahman al-Muq’ad dan Abdullah
as-Shaleh. Sedangkan Syeikh Syu’aib Abu Madyan menerimanya dari Syeikh
Abu Ya’izza al-Maghrabi, beliau menerimanya dari Syeikh Abul Hasan bin
Herzihim atau yang dikenal dengan nama Abu Harazim, beliau menerimanya
dari Syeikh Abu Bakar bin Muhammad bin Abdillah binl Arabi dan al-Ghadi
al-Mughafiri. Sedangkan binl al-Arabi menerimanya dari Syeikh Imam
Hujjatul Islam al-Ghozali, beliau menerimanya dari gurunya, iaitu Imam
al-Haramain Abdul Malik bin Syeikh Abu Muhammad al-Juaini, beliau
menerimanya dari ayahnya, Abu Muhammad bin Abdullah bin Yusuf, beliau
menerimanya dari Syeikh Abu Thalib al-Makki, beliau menerimanya dari
Syeikh Syibli, beliau menerimanya dari Syeikh al-Junaid, beliau
menerimanya dari pamannya, iaitu as-Sirri as-Siqthi, beliau menerimanya
dari Syeikh Ma’ruf al-Karkhi, beliau menerimanya dari gurunya, Syeikh
Daud at-Tho’i, beliau menerimanya dari Syeikh Habib al-’Ajmi, beliau
menerimanya dari Imam Hasan al-Basri, beliau menerimanya dai Imam Ali
bin Abi Thalib, beliau menerimanya dari Rasulullah SAW, beliau
menerimanya dari malaikat Jibril, dan beliau menerimanya dari Allah
Ta’ala.
Sanad penerimaan kalimat talqin bagi al-Habib Umar
Al-Habib Umar menerimanya talqin kalimat Laa Ilaaha Illallah
Muhammadar Rasulullah SAW dari Syeikh al-Arif Billah Assyarif Umar bin
Isa Barakwah as-Samarqandi al-Maghrabi.
Syeikh Ahmad bin Abdul Qadir Ba’syin Shahib Rubath berkata:
“Syeikh Umar Barakwah menuturkan kepada kita bahawa talqin dzikirnya
cabangnya sampai kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, sedangkan Syeikh
al-Qadir al-Jailani menerima talqin dzikir dari empat ratus orang guru
dan guru-guru beliau sanadnya bersambung sampai dengan Sayyidina Hussein
bin Ali bin Abi Thalib, semua ahli talqin dzikir bersambung dengan
Rasulullah SAW. Keadaannya sama dengan mata rantai yang terjalin erat
antara yang satu dengan yang lainnya, sehingga jika mata rantai yang ada
paling bawah digerakkan, maka mata rantai yang ada di paling ataspun
akan bergerak, demikian pula sebaliknya. Hal itu adalah disebabkan
eratnya keterkaitan antara yang satu dengan yang lainnya, sama halnya
dengan keterkaitan nasab Ahlul Bait, satu sama lainnya saling terkait
erat. Segala puji bagi Allah yang menjadikan mereka suri tauladan yang
baik bagi kami dan keterkaitan kamipun dengan mereka masih erat”.
Al-Hakim meriwayatkan dari Saddad bin Aus, ia berkata: “Ketika kami berada di sisi Nabi SAW, maka beliau bersabda:
“Angkatlah tangan-tangan kalian dan ucapkanlah “Lailaha
Illallaah”. Setelah kami melakukannya, maka Rasulullah SAW bersabda: “Ya
Allah, sesungguhnya Engkau mengutus aku untuk menyampaikan dan
mengikrarkan kalimat Tauhid ini dan Engkau akan memberi Syurga kepada
seorang yang mengucapkannya dan Engkau tidak akan memungkiri janji.
Selanjutnya beliau bersabda: “Bergembiralah kalian sebab Allah telah
memberi ampun kepada kalian”.
Budi pekerti al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang Alim, Amil,
Quthub, Ghauts, seorang tokoh sufi, suci, suka memenuhi janji, Murabbi,
Rabbani, Da’i, suka mengajak orang ke jalan Allah dengan pandangan yang
bersih dan budi pekerti yang luhur, beliau himpun ilmu lahir dan batin.
Beliau dikenal sebagai pelindung kaum fakir dan kaum janda serta
anak-anak yatim. Beliau senantiasa menyambut dan menggembirakan
orang-orang fakir, mereka dimuliakan dan didudukkan pada tempat yang
mulia, sehingga mereka sangat mencintai beliau. Beliau dikenal baik oleh
kalangan luas banyak sekali beristiqad dengan beliau, dan mempunyai
kedudukan yang sangat tinggi, beliau amat tawadhu’ dan merendahkan
dirinya kerana merasa diawasi oleh Allah. Beliau selalu menyuruh orang
untuk bersabar, khususnya jika cobaan dan bencana sedang menimpa. Beliau
sangat bersabar untuk menjalankan aktiviti ibadat.
Beliau al-Habib Umar tidak pernah tidur pada bagian separuh
terakhir di malam hari, beliau pernah menghabiskan waktu malamnya untuk
mengulang-ulang bacaan doa Qunut.
Beliau suka menyantuni orang-orang fakir dan para wanita yang
tidak mampu. Beliau amat sabar dalam menghadapi pelbagai krisis, beliau
tidak pernah menyombongkan diri kepada seorangpun, beliau mau duduk di
tempat mana saja tanpa membezakan tempat yang baik atau jelek dan beliau
tidak pernah menempatkan dirinya di tempat yang lebih tinggi atau
tempat yang menonjol, kalau beliau meninggalkan majlisnya kerana ada
hajat, maka ketika beliau kembali ke tempat duduknya dan beliau
mendapati tempat duduknya telah diduduki orang lain, maka beliau akan
mencari tempat duduk lain. Beliau tidak pernah mendekati kaum penguasa.
Beliau senantiasa mengikut jejak perjalanan para sesepuh beliau
yang terdahulu, para tokoh Ba’alwi seperti perjalanan yang ditempuh oleh
Sayidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibnu Ali Ba’alwi, Syeikh
as-Seggaf, Alaidrus, Syeikh Abu Bakar ibnu Salim dan tokoh-tokoh
lainnya. Thoriqah mereka lebih mengutamakan menutup diri, tawadhu’,
tidak menuruti hawa nafsu, lemah lembut, tidak ingin dikenal apalagi
menonjol diri, kerana mereka merasa bahawa diri mereka tidak akan
menjadi orang baik kecuali hanya dengan anugerah dan kemurahan Allah.
Sifat ini tetap diikuti oleh anak cucu mereka, khususnya para wali yang
mempunyai kedudukan, ilmu dan gemar beramal kebajikan dan beribadah.
Pokoknya al-Habib Umar senantiasa mengikuti jejak para sesepuhnya
yang sholeh, beliau selalu mengikuti budi pekerti yang mulia seperti
budi pekerti Nabi yang pernah disebutkan Allah dalam satu firmannya:
“Dan sesungguhnya engkau di atas budi pekerti yang agung”.
Jika beliau meningkatkan frekuensi ibadahnya yang wajib dan
sunnah, maka beliau mengikuti apa yang disebutkan oleh Imam Ghazali di
dalam Rub’ul Ibadat di dalam kitab Ihya’. Demikian pula, jika beliau
ingin mengikuti sunnah-sunnah dan memperbaiki niat dan motivasi, maka
beliau mengikuti apa yang diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul
Adat di dalam kitab Ihya’. Adapun jika beliau ingin menjauhi budi
pekerti dan tindak tanduk yang tidak baik, maka beliau mengikuti apa
yang diiterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul Muhlikat di dalam
kitabnya Ihya’. Adapun jika beliau ingin mengikuti akhlak yang diredhai
oleh Allah, maka beliau akan mengikuti apa yang diterangkan oleh Imam
Ghazali di dalam Rub’ul Munjiyat di dalam kitab Ihya’ dan mencari
tambahan keterangan lain dari buku-buku lain.
Beliau senantiasa bergembira dan tersenyum kepada semua kalangan,
baik terhadap anak-anak kecil mahupun orang dewasa, sampai setiap orang
merasa bahwa dirinya sebagai kaum kerabat beliau. Beliau senantiasa
menyambut dengan baik semua orang menurut kebutuhannya masing-masing dan
beliau bersabar meskipun menghadapi banyak persoalan dari mereka, semua
orang disayangi dan disantuni oleh beliau, beliau suka berwasiat untuk
menyenangkan anak-anak kecil, kata beliau: “Kalau engkau tidak dapat
menyenangkan anak kecil dengan memberi sesuatu, maka berikan kepada
mereka meskipun sebuah batu kerikil berwarna merah, agar mereka
bergembira.”.
Beliau suka mengabulkan segala permintaan orang dan suka
menanggung kesulitan orang dengan harapan agar dapat menyenangkan
keluarga orang yang ditolongnya itu. Adakalanya beliau memaksa diri
untuk mendatangi rumah-rumah mereka, sehingga ada dari murid beliau yang
mengatakan kepada beliau, bahawa beliau sudah udzur, karena sudah
lanjut usia dan hal itu cukup memberatkan tetapi beliau menjawabnya:
“Sesungguhnya kami mendatangi rumah-rumah mereka, untuk manfa’at dan
maslakhat mereka dan kami berharap dari Allah, agar setiap rumah yang
kami masuki Allah akan memberi ampun kepada penghuni rumah tersebut”.
Jika ada dua orang datang ke majlis al-Habib Umar, maka beliau
menanya kepada keduanya, siapa di antaranya yang lebih tua, setelah
diberitahukan kepada beliau, maka beliau mempersilakan yang lebih tua
duduk di sebelah kanan beliau sedang yang lebih muda dipersilakan duduk
di sebelah kiri beliau agar beliau dapat menghormati munurut usianya
masing-masing, selanjutnya keduanya disenangkan dan digembirakan dengan
kegembiraan yang luar biasa, kemudian beliau berbicara dengan keduanya
menurut kemampuan berfikir mereka masing-masing. Akhlak beliau yang
seperti itu menyebabkan semua orang terpesona kepada beliau dan budi
pekerti beliau sering disebut orang.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Amed dan al-Qasar untuk
mengajak penduduknya ke jalan Allah dan untuk mempersatukan orang-orang
yang bersengketa di antara mereka. Untuk kepentingan yang satu ini,
beliau banyak mengorbankan hartanya dan tenaganya. Dan sangat bersabar
kepada mereka yang berwatak keras, beliau hampir saja tidak pernah
marah, kecuali larangan Allah diremehkan oleh seseorang, jika hal itu
terjadi, maka beliau amat marah, sampai dapat dilihat dari wajah beliau.
Al-Habib Umar senantiasa menganjurkan manusia untuk rajin
mengerjakan amal-amal ibadah dan menghadiri solat Jum’at dan Jama’ah,
beliau selalu menganjurkan perbuatan baik dan melarang perbuatan
mungkar. Beliau tidak mau masuk ke dalam rumah yang pemiliknya suka
berbuat kemungkaran dan tidak mau menghadiri undangan mereka, samapi
mereka mau berubah kebiasaan mereka.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Dou’an, kebiasaan itu
beliau lakukan sejak awal dan beliau tidak pernah meninggalkan kebiasaan
itu kecuali di akhir hayatnya. Beliau pernah mengunjungi Wadi Dou’an
berangkat dari al-Lisk dengan mengenderai unta dan dengan disertai
al-Faqih Ahmad ibnu Muhammad Bajamal al-Asbuhi. Dalam satu kunjungannya
ke Wadi Dou’an beliau pernah mengunjungi Syeikh Ahmad ibnu Ali ibnu
Nu’man al-Hajrain di desa Hajrain, maka Syeikh Ahmad ikut bersama beliau
menuju Qaidun untuk berziarah ke makam Syeikh Sa’id ibnu Isa Alamudi.
Dikarenakan banyaknya berpergian dan perjalanan yang ditempuh
oleh al-Habib Umar al-Attas untuk berdakwah dan untuk mendamaikan orang,
maka beliau berkata: “Sesungguhnya aku di dunia adalah seorang yang
asing, maka tidak diwajibkan atasku melakukan solat Jum’at di suatu desa
pun. Beliau lebih suka mengenderai keledai di sebagian besar waktunya
dan di dalam perjalanannya di tengah hari yang amat panas. Di setiap
perjalanannya, beliau selalu membawa kitab ar-Risalah karya Imam
al-Qusyairi di satu tangan, sedang di tangan yang lain memegang kitab Al
‘awarifu Al Maarif maupun kitab-kitab yang semacamnya merupakan benteng
bagi para tokoh Sufi”.
Al-Habib Umar selalu menghabiskan waktunya untuk muzakarah segala
cabang ilmu pengetahuan, untuk keperluan yang satu ini, beliau suka
menghabiskan waktu satu malam penuh. Adakalanya tiba waktu fajar,
sedangkan beliau masih menerangkan berbagai macam hakikat ketuhanan
(Hakaik) kepada murid-murid beliau. Pokoknya tidak satu waktupun beliau
lewatkan, kecuali beliau lewatkan dengan ibadah dan menimba ilmu atau
mendengar suatu bacaan. Biasanya jika ada sekelompok orang duduk di
malam hari bersama beliau, maka beliau melayani mereka, sampai ketika
mereka bubar, maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali,
apakah masih ada orang lain selain kita?”. Jika dijawab tidak, maka
beliau berkata: “Ambilkan kitab itu, untuk kita baca bersama”.
Al-Habib Umar tidak pernah mengkhususkan membaca atau mengajar
suatu kitab tertentu. Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas berkata: “Pada
suatu hari, aku pergi bersama ayahku, tanganku yang satu memegang tali
kendali kenderaan beliau, sedangkan tanganku yang satu memegang sebuah
kitab, sedangkan beliau menyampaikan kepada kita berbagai cabang ilmu
lewat lisan beliau, hal itu bagaikan sebuah air yang mengalir dengan
derasnya. Ketika kami katakan kepada beliau: “Mengapa engkau tidak
izinkan kami membaca atau belajar sebuah kitab kepadamu?” Maka beliau
berkata: “Terimalah sesukamu ilmu yang sedang mengalir dari satu wadah,
meskipun tanpa sebuah kitab”. Beliau berkata kepada seorang guru:
“Ajarkan anak-anakku untuk membaca kitab karya tulis Syeikh Abu Amru”.
Al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajari saudara-saudaranya
yang masih kecil yang ditinggal wafat oleh ayahnya. Di muka telah kami
terangkan bahawa al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajar dan mendidik
saudara-saudaranya yang masih kecil, terutama untuk memahami al-Quran.
Beliau menganjurkan mereka untuk gemar mencari ilmu dan menyuruh guru
saudara-saudaranya untuk memukul mereka, jika mereka tidak memperhatikan
pelajarannya. Bahkan beliau sendiri pernah memukul saudaranya dengan
tangannya sendiri, sampai ia berhasil membaca al-Quran dengan baik.
Beliau pernah mengirim saudara beliau al-Habib Aqil ke Hajrain untuk
belajar dari Syeikh Muhammad ibnu Umar al-Afif, sampai akhirnya al-Habib
Aqil mampu mengajar setelah beliau kembali ke desa Huraidzah. Setiap
hari al-Habib Umar menghadiri majlis ta’lim al-Habib Aqil sekembalinya
dari menziarahi kubur ayahnya.
Ketika al-Faqih Syeikh Abdul Kabir ibnu Abdul Kabir Baqais
mengunjungi beliau yang ketika itu beliau masih dalam usia belajar, maka
beliau berkata: “Hai, Abdul Kabir nama telah dihidupi, maka hidupkanlah
ilmu”. Ucapan beliau menyuruh Abdul Kabir untuk rajin menuntut ilmu.
Dengan anjuran beliau, maka Abdul Kabir berhasil menimba ilmu
sebanyak-banyaknya sampai beliau disebut al-Faqih. Al-Habib Umar pernah
memberitahukan akan lahirnya Syeikh Abdul Kabir yang ketika itu masih di
dalam kandungan ibunya, sedang ayahnya meninggal dunia. Ketika
keluarganya akan membagi harta waris ayahnya, di saat itu al-Habib Umar
berkata: “Sesungguhnya janin yang ada di dalam kandungan ibunya ini
adalah anak laki-laki, maka simpanlah bagiannya dari harta warisannya”.
Ternyata apa yang dikatakan oleh al-Habib Umar adalah benar.
Al-Habib Umar telah memberi isyarat kepada salah seorang
pengikutnya, Muhammad ibnu Hishn al-Huraidzi untuk belajar membaca
al-Quran meskipun usianya telah lanjut, dikarenakan telah mendapat
barakah dari Habib Umar, maka ia diberi kemudahan oleh Allah. Ada
seseorang jika menghadiri majlis ta’limnya al-Habib Umar al-Attas, maka
ia banyak berbicara, sehingga majlis beliau terganggu, anehnya jika
diadakan pembacaan suatu kitab, maka orang itu mengantuk sampai tidur.
Karena itu, jika orang itu hadir, maka al-Habib Umar berkata kepada
kawan-kawannya: “Ambilkan kitab dan mari kita membaca kitab itu, agar
orang itu diam karena mengantuk”.
Al-Habib Umar pernah menyuruh untuk mengeluarkan zakat kurma
(Rutob) sebelum kurma itu menjadi kering. Ketika dikatakan bahawa
sebagian ulama mengatakan bahawa tidak sah mengeluarkan zakatnya kurma
sebelum kurma itu menjadi kering, maka al-Habib Umar berkata: Mereka itu
ulama dan kami pun ulama, tanyakanlah kepada orang-orang miskin, kurma
yang masih basah ataukah kurma yang sudah kering yang mereka sukai”.
Setelah dijawab, bahwa yang mereka sukaiadalah kurma yang masih basah,
maka pendapat al-Habib Umar diterima oleh mereka dan dilaksanakan oleh
seluruh penduduk desa itu.
Al-Habib Ali ibnu Hussein al-Attas menyebutkan dalam kitabnya
Taajul A’raas juz 1 hal 708, bahawa al-Habib Umar ibnu Abdurrahman
al-Attas telah berbeda pendapat dengan ahli Fiqih dalam tiga masalah.
Pertama al-Habib Umar berpendapat untuk menaruh jenazah di ujung kepala
liang lahad dan jika jenazah sedang diturunkan ke liang lahad hendaknya
kedua kakinya diturunkan lebih dahulu. Kedua, al-Habib Umar berpendapat
bahawa seseorang tidak harus berniat ketika ia menjadikan tangannya
sebagai wadah untuk mengambil air hendak berwudhu (niat Ightiraf)
meskipun menurut pendapat ahli Fiqih, orang itu diharuskan berniat kalau
tidak maka airnya menjadi musta’mal. Adapun yang dipakai alasan oleh
al-Habib Umar, seorang yang mengambil air ketika hendak berwudhu, maka
ia tidak mencuci tangannya ke dalam tempat air, kerana itu tidak perlu
berniat. Ketiga, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang dibolehkan
mengeluarkan zakatnya kurma ketika buah kurma itu masih basah (rutob),
meskipun para ulama tidak membolehkan cara yang demikian itu, alasannya
Habib Umar adalah buah kurma yang masih basah lebih disenangi
orang-orang miskin, daripada buah kurma yang sudah kering.
Disebutkan juga al-Habib Umar menganjurkan orang melakukan solat
Ghaib setelah selesai mengerjakan solat Jum’at. Adapun waktunya adalah
setelah imam menutup solatnya dengan salam dan setelah berzikir, maka
diumumkan untuk melakukan solat Ghaib bagi mereka yang telah meninggal
dari segenap umat Islam. Tradisi macam ini tetap dilakukan penduduk desa
Huraidzah dan desa-desa lainnya yang pernah mendengar fatwa al-Habib
Umar.
Al-Habib Umar suka mendengar qasidahnya al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, yang awal mula baitnya adalah:
Jika qasidah ini dikumandangkan oleh seseorang di depan Habib
Umar, maka beliau suka menyuruh orang itu untuk mengulanginya, sebab
beliau sangat menyayangi dan merasa kagum qasidah itu. Setelah al-Habib
Umar wafat, maka al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad menyuruh
seseorang untuk berziarah ke makam al-Habib Umar dan menyuruhnya untuk
membacakan qasidah yang disebutkan di atas tadi di sisi kubur al-Habib
Umar. Ketika orang itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh al-Habib
Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, maka ia tertidur sejenak, maka tahu-tahu
terdapat sepotong roti yang masih hangat di pangkuannya. Ketka ia
terbangun ia terkejut dengan adanya dua potong roti dihadapnya, setelah
diperiksa di sekelilingnya, ternyata tidak ada seorangpun yang ada
didekatnya, sehingga ia yakin bahawa dua potong roti itu adalah karomah
dari al-Habib Umar sebagai petanda bahawa qasidah yang dibacanya telah
didengar oleh al-Habib Umar dan ziarahnya terkabul. Maka yang sepotong
dimakan sedangkan yang sepotong lagi dibagikan kepada anak-anaknya.
Al-Habib
Umar dan guru beliau, al-Habib Hussein ibnu Syeikh Abu Bakar ibnu Salim
melarang orang untuk menghisap rokok dan mengharamkannya.
Al-Habib Umar suka menyuruh orang untuk memperbaiki cara
pengairan sawah ladang. Beliau amat senang dengan orang-orang yang suka
mengairi sawah ladangnya dan beliau selalu mendoakan kebajikan bagi
mereka, tetapi beliau tidak senang terhadap orang-orang yang malas
mengakhiri sawah ladangnya.
Al-Habib Umar selalu menganjurkan orang untuk rajin menanam pohon
kurma. Di desa Andal dan al-Qasar banyak menghasilkan buah kurma.
dikarenakan seringnya al-Habib Umar menganjurkan orang untuk menanamnya.
Biasanya beliau berpesan untuk memberi jarak sepuluh langkah atau lima
belas langkah antara satu pohon kurma dengan lainnya.
Banyak hadiah-hadiah yang mengalir kepada al-Habib Umar, tetapi
beliau tidak mahu menerimanya, kecuali hanya sebagian kecil daripadanya.
Bahkan jika ada seseorang yang nadzar memberi pohon kurma kepada
beliau, maka beliau ada kalanya menolaknya. Beliau tidak mahu menerima
pemberian seorang penguasapun, kalau ada seorang penguasa memberi hadiah
atau bingkisan kepada beliau atau yang ada hubungannya denga penguasa,
maka beliau selalu menolaknya dengan cara yang manis dan halus.
Al-Habib Umar selalu pasrah dan redho terhadap apa saja yang
dikehendaki oleh Allah. Al-Habib Umar selalu sederhana dalam cara
berpakaiannya, makan minumnya dan tempat tinggalnya. Beliau suka memakai
pakaian yang kasar berwarna putih, hasil tenunan dalam negeri, bukan
buatan dari India. Beliau tidak pernah memakai pakaian yang berwarna
hitam, selain ketika putera beliau wafat, tetapi beliau mengenakan juga
pakaian putih dan berwarna merah untuk menampakkan beliau tidak susah
atas kematian putranya. Ketika ditanyakan, mengapa beliau berpakaian
demikian, maka beliau berkata: “Sesungguhnya syaitan menyuruh kami untuk
menampakkan rasa susah, tetapi kami menolaknya agar ia menjadi kecewa”.
Biasanya jika al-Habib Umar diberi hadiah sehelai kain halus
berwarna putih, maka beliau memakainya sebagai alas duduk di atas
kenderaannya sampai kain itu tampak rosak. Biasanya jika beliau diberi
hadiah sehelai baju terlalu panjang bagian tangannya, maka beliau
memotongnya sampai sebatas telapak tangan. Hal itu adalah dikarenakan
beliau meniru jejak hidup Imam Ali ibnu Abi Thalib yang selalu memotong
bagian tangannya sampai batas telapak tangan.
Jika al-Habib Umar hendak membangun rumah, maka beliau menyuruh
arkiteknya untuk membangunkan kamar mandi di bagian depan rumahnya agar
orang-orang yang melihatnya akan mengerti, betapa hinanya kehidupan
dunia yang selalu mereka rebutkan itu. ketika arkiteknya telah selesai
membangun tembok rumah beliau, maka beliau dipersilakan masuk ke dalam
bangunan itu. Setelah beliau mengukur tinggi bangunannya dirasa telah
cukup, maka beliau menyuruhnya untuk membangun atapnya. Letak rumah
beliau di bagian atas desa. Ketika penduduk desa Huraidzah minta
pertimbangan beliau, di manakah rumah beliau harus dibangun, maka beliau
menyuruh mereka untuk membangun rumahnya di bagian atas desa itu di
dekat rumah Syeikh Salamah ibnu Ali Basahil. Sebab beliau amat erat
hubungannya dengan Syeikh Salamah yang dikenal sebagai wali yang wara’,
ahli ibadah dan amat dekat hubungannya dengan al-Habib Umar, sehingga
al-Habib Umar sering mengunjunginya. Kata al-Habib Umar: “Andaikata aku
tidak takut kebakaran, pasti aku lebih senang di sebuah gubug”.
Beliau tidak terlalu memperhatikan masalah makanannya, beliau mau
makan apa saja yang didapatnya dengan mudah, tidak jarang beliau
menahan lapar jika tidak ada rezeki yang dimakannya. Disebutkan bahawa
pada suatu malam isteri Hussein menantu beliau tidak menyediakan makan
malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar sudah
makan malam di rumah Salim, puteranya. Demikian juga isteri Salim tidak
menyiapkan makan malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa
al-Habib Umar telah makan di rumah Hussein. Kebetulan malam itu
pembantunya keluar dengan membawa sepotong roti untuk makan sapinya,
maka beliau mengambil sebagian seraya berkata: “Ini adalah makan
malamku”. Al-Habib Umar hanya berkata: “Kurma dan mentimun yang halal
lebih baik dari bubur kambing (harisah) yang subhat”.
Pada suatu hari ketika beliau berkunjung ke Wadi ‘Amed, maka
beliau singgah di rumah salah seorang pengikutnya yang ada di desa itu.
Penduduk desa itu senang menerima kehadiran al-Habib Umar, sehingga
mereka membikin bubur asidah bagi beliau. Ketika penduduk desa itu masih
sibuk membuat bubur asidah, salah seorang puteri dari mereka datang
dengan membawa sepiring makanan bagi beliau, beliau hanya menyuapnya
sedikit. Tidak lama setelah bubur asidah yang dipersiapkan penduduk desa
itu telah selesai, maka mereka menghidangkannya ke hadapan al-Habib
Umar, tetapi beliau tidak menyuapkan sedikitpun dari bubur asidah itu,
sehingga mereka minta beliau untuk mencicipinya, tetapi beliau
menolaknya dengan halus, seraya berkata: “Ada seorang puteri telah
membawakan makanan buah bidara cina bagiku, aku telah memakannya sedikit
dan hal itu aku telah rasa cukup”. Kisah ini merupakan salah satu bukti
dari kesederhanaan al-Habib Umar dalam hal makanan.
Sifat postur tubuh al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Ali ibnu Hassan al-Attas pernah menyebutkan dari
al-Habib Abu Bakar ibnu Muhammad Bafaqih, Shahib Qoidun, tentang sifat
diri al-Habib Umar sebagai berikut: “Tubuh al-Habib Umar berperawakan
sedang, wajahnya tampan, janggutnya lebar, jika seorang melihat beliau,
maka akan melihat kewibawaan beliau dan tercium bau harum dari beliau”.
Al-Habib Umar gemar memakai parfum. Kata beliau: “Dari besarnya
kesukaannya kepada parfum, maka aku ingin dihadirkan sebuah bejana yang
berisi parfum, kemudian aku akan memakainya semua”. Dikarenakan besarnya
kegemaran beliau mamakai parfum, maka keringat beliau tercium bau
harum.
Pada lambung kiri al-Habib Umar ada warna hitam sebentuk cincin.
Al-Habib Umar sebagai seorang Syeikh dan Murabbi
Al-Habib Umar adalah seorang Syeikh, seorang murabbi dan seorang
da’i kepada Allah di dalam tindak-tanduknya dan tutur katanya. Al-Habib
Umar pernah berkata: “Ketika aku ditawari menjadi seorang da’i, maka aku
menolaknya dengan berbagai alasan”. Kemudian dikatakan kepadaku: “Kami
akan menjadikan bagimu seorang pendamping dan membantu yang akan
mendampingimu untuk menunaikan tugasmu”, seraya menunjuk kepada Syeikh
Ali Baras. Maka aku menerima tugas itu dan Syeikh Ali Baras akan
membantuku dan mendukungku”.
Al-Habib Umar berkata: “Sesungguhnya sumber-sumber untuk
mendapatkan cahaya Allah tidak berkurang sedikitpun bagi generasi yang
ada di akhir masa, akan tetapi mereka datang membawa bejana-bejana yang
berlubang”.
Pada awal mulanya, Syeikh Ali Baras sibuk membantu al-Habib Umar
dalam menyampaikan dakwahnya. Pada suatu hari ketika Syeikh Ali Baras
duduk di sisi al-Habib Umar, maka beliau bertanya kepadanya: “Buku apa
yang ada padamu?” kata Syeikh Ali Baras: “Buku yang ada di tanganku
adalah Bidayatul Hidayah”. Kata al-Habib Umar: “Bacalah buku itu”. Maka
Syeikh Ali Baras membaca dengan khutbahnya. Selanjutnya, al-Habib Umar
berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Berhentilah sampai di situ, aku telah
memberimu ijazahdi bidang Syari’at, Tareqat dan Hakekat, ini adalah
ijazah yang diberikan bertepatan pada saat terkabulnya semua do’a”.
Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi berkata: “Biasanya jika ada
seorang datang dengan niat yang baik kepada al-Habib Umar, maka beliau
akan menerima segala pengaduannya serta menghormatnya dengan menampakkan
keramatnya, sifat-sifat mulia seperti ini iaitu niat yang baik dan
keyakinan yang kuat jarang dimiliki oleh tamu-tamu yang lain dan
kekeramatan beliau jarang dilihat orang kecuali seorang yang benar-benar
ta’at, bagus niatnya dan kuat aqidahnya”.
Syeikh Ali Baras pernah berkata kepada al-Habib Umar: “Meskipun
engkau sering mengunjungi Wadi ‘Amed dan desa-desa lainnya, tetapi
anehnya tidak banyak yang mendapat petunjuk dengan sebenarnya dari
engkau, padahal aku yakin bahawa jika seorang fakir bertemu dengan
engkau pasti ia akan menjadi muslim”. Jawab al-Habib Umar: “Andaikata
aku bertemu dengan seorang yang hatinya seperti engkau, tentunya aku
dapat menyampaikan ia kepada Allah di dalam waktu yang paling singkat,
akan tetapi aku mendapati orang-orang yang hanya membicarakan: “Habib
akan pergi, habib akan datang”. Dengan kata lain tidak mempunyai
persiapan dan keyakinan kepada beliau”.
Disebutkan bahawa pada suatu hari ada seorang murid datang kepada
beliau dengan niat untuk memohon keputusan dari beliau. Sebelum murid
itu menyampaikan kepada beliau apa yang yang ada di hatinya, maka dengan
cara kasyaf beliau menjawab apa yang akan ditanyakan oleh murid
tersebut: “Wahai orang yang kebanyakan manusia meninggalkan apa yang
semestinya harus ia lakukan, tidak seorangpun yang datang kepadaku
kecuali ingin menanyakan tentang masalah-masalah duniawi seperti meminta
hujan, menginginkan anak atau meminta pendapat, padahal setiap murid
yang datang kepadaku dengan niat yang baik untuk mendapatkan
masalah-masalah yang mulia, pasti ia akan mendapatkan kebajikan yang ia
inginkan”.
Ada seorang sholeh dari penduduk sebuah desa Hadzyah yang bernama
Ahmad ibnu Abdillah Bajusair, ia seorang guru ngaji bagi anak-anak
kecil. Biasanya jika penduduk desa Syibam berziarah ke tempat al-Habib
Umar al-Attas, maka mereka singgah di desa Hadzyah dan akan melewati
rumah guru ngaji ini, demikian pula jika mereka pulang dari tempat
beliau. Pada suatu kali, guru itu berkata kepada salah seorang yang
didekatnya: “Aku lihat penduduk Syibam yang pergi ke tempat al-Habib
Umar dalam keadaan wajah tertentu, dan mereka pulang dengan wajah yang
berlainan dari wajah yang sebelumnya. Mengapa demikian?” Ketika ucapan
guru ngaji itu disampaikan kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata:
“Katakanlah kepadanya, adakalanya manusia tugasnya sebagai guru ngaji
seperti kamu, adakalanya seorang pendidik, apakah dia tidak mengerti
bahawa saya seperti buaya, telurnya di darat dan ia tetap berada di laut
dan memelihara telurnya cukup dengan pandangan”.
Al-Habib Ahmad ibnu Hasyim al-Habsyi berkata: “Dulunya aku dan
as-Sayid Abdullah al-Haddad sering berkunjung kepada al-Habib Umar
al-Attas, tidak lama, maka al-Habib Abdullah mendapat pancaran Ilahi
(Futuh) sebelum aku mendapatkannya, sehingga minatku kepada beliau
berkurang. Ketika aku adukan keadaanku kepada Habib Umar, maka beliau
menghadap kepadaku dan mendo’akanku untuk mendapatkan seperti yang
didapati al-Habib Abdullah al-Haddad. Maka sejak saat itu akupun
mendapat pancaran Ilahi.
Al-Habib Abdurrahman ibnu al-Habib Umar al-Attas berkata: “Ketika
aku keluar dari desa Ahrum, maka aku bertemu dengan seorang Darwisy
yang sedang mengembara. Waktu itu ia hendak menyeberang jalan. Ketika
aku memberi salam kepadanya, maka ia berkata, selamat datang wahai
fulan. Ia menyebut namaku dan ia menunjukkan kegembiraannya bersamaku
meskipun aku belum pernah bertemu dengannya pada waktu sebelumnya. Aku
bertanya kepadanya, bagaimana engkau tahu namaku, padahal engkau belum
pernah berkenalan denganku?” Jawab orang itu: “Bagaimana aku tidak
mengenalmu, pada hal engkau adalah putera guru kami, al-Habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas. Sesungguhnya ayahmu sering datang ke negeri kami
secara ghaib dan nama beliau lebih dikenal di tempat kami daripada di
tempat kamu”.
Habib Ahmad ibnu Hussein ibnu Umar berkata: “Aku pernah
diberitahu oleh seorang yang aku tidak ragu akan kejujurannya bahwa ia
pernah bertemu dengan seorang Darwisy dari negeri Sind di Afrika yang
berkata: “Sesungguhnya al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas sering
berkunjung ke negeri kami di Sind untuk mengajari kami Tasawwuf dan ilmu
Tareqat dan beliau banyak dikenal di negeri kami”.
Syeikh Abdullah ibnu Abdurrahman Ba’ubad menuturkan bahawa ketika
ia bersama Syeikh Ali Baras dan tiga belas orang sahabatnya datang ke
tempat al-Habib Umar, maka yang pertama aku lihat adalah sinar wajah
beliau yang amat cemerlang, sehingga aku tidak ingat lagi akan
kehadiranku, sebab aku lihat diri beliau bagaikan mutiara yang berwarna
putih cemerlang, dan wajah beliau memancarkan sinar yang terang, maka
timbul keinginanku untuk tidak akan berpisah dari beliau sepanjang
hidupku. Kami sempat menetap di tempat beliau selama beberapa hari.
Ketika beliau memberi izin kami untuk pulang ke desa kami, maka beliau
berkata kepadaku: “Wahai puteraku, tempat dan sumber mata air serta
perjalanan hanya ada satu macam, barang siapa yang ingin memisahkan
antara aku dari Syeikh Ali Baras, maka ia tidak akan mendapat untung”.
Al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad berkata: “Ketika aku
mengunjungi al-Habib Umar al-Attas, maka aku lihat pada diri beliau,
adanya sifat-sifat yang terdapat pada para sesepuh beliau hingga pada
diri Nabi SAW”.
Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi dan para arif billah lainnya,
banyak menuturkan bahawa keadaan peribadi al-Habib Umar al-Attas dan
tindak lanjutnya jauh berbeda dengan para tokoh wali lainnya. Meskipun
keadaan dan kedudukan beliau sangat tinggi, namun beliau lebih senang
untuk rendah diri, lemah lembut, ramah tamah kepada semua orang dan
akhlak yang sangat tinggi di mana sangat sedikit sekali orang berakhlak
seperti beliau.
Ketika menyebutkan sifat al-Habib Umar, Habib Ahmad ibnu Zein
al-Habsyi berkata: “Banyak orang dari kawan-kawan beliau yang menerima
kebajikan dari al-Habib Umar, banyak orang yang menjadi murid beliau dan
banyak pula yang menerima talkin dzikir dan menerima khirqoh dari
beliau”.
Kitab-kitab yang dipesankan oleh Habib Umar al-Attas untuk dipelajari
+ Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan. Habib Umar selalu menyuruh anak-anak kita untuk menghafal nadzom kitab Zubad.
+
Bidaayatul Hidaayah karya tulis Imam Ghozali. Syeikh Ali Baras pernah
membaca mukadimah kitab Bidaayatul Hidaayah di hadapan Habib Umar,
kemudian beliau memberi ijazah bagi Syeikh Ali Baras sehingga Allah
membuka cabang-cabang ma’rifat baginya.
+ Al Minhaaj karya tulis
Imam Nawawi. Syeikh Abdullah ibnu Umar Ba’ubaid berkata: “Ketika aku
berkunjung ke tempat Habib Umar, beliau berkata kepadaku: “Aku pernah
membaca kitab al-Irsyad, karya tulis Syeikh Ismail al-Muqri”. Maka
beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali, bacakan kepadanya
kitab al-Minhaaj, karya tulis Imam Nawawi dan bacakan juga kitab itu
kepada kawan-kawanmu, kerana kitab tersebut membawa berkat dan memberi
futuh, Insya-Allah, sebab penyusunnya seorang Wali Qutub dan ia berdo’a
bagi setiap pembacanya, semoga diberi barakah”.
+ Ar Risalah karya
tulis Imam Qusyairi dan Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam
al-Saharwurdi. Al-Habib Umar al-Attas selalu membaca kedua kitab itu ke
mana saja beliau pergi. Kata beliau: “Ar Risalah dan al-Awarif dan
kitab-kitab sepertinya sangat pentinguntuk dibaca, sebab keduanya
termasuk pemasok santapan rohani bagi paraahli Tasawwuf”.
Kewara’kan al-Habib Umar al-Attas
Beliau dikenal sangat wara’. Beliau tak mau pernah
menerimapemberian apapun dari kaum penguasa, tidak pernah mau diajak
makan minum, sampaipun sekedar minum kopi bersama kaum penguasa, bahkan
beliau menolak arang bakar yang datangnya dari kaum penguasa. Kisah
penolakkannya terhadap pemberian Sultan Badar ibnu Abdillah al-Katsiri
ketika datang mengunjungi beliau, kelak akan saya sebutkan dalam fasal
tersendiri.
Beliau tidak mau makan dari pemberian orang-orang yang berbisnes dengan cara riba’.
Pada suatu kunjungan beliau di Wadi Amed, maka beliau
dipersilakan singgah di rumah seorang dari keluarga Basulaib, sedangkan
mereka tidak mau memberikan bagian waris bagi anak-anak perempuan, maka
belai menolak untuk singgah dan beliau berkata: “Bagaimana aku akan
singgah di rumah seorang yang tidak mau memberikan waris bagi anak-anak
perempuannya? Padahal Allah menyuruh memberikannya dalam al-Quran, Allah
berfirman:
“Allah mensyari’atkan bagimu tentang pembagian waris untuk
anak-anakmu, iaitu bagian seorang anak lelaki sama dengan bagian dua
anak perempuan”.
Kata lelaki itu: “Mulai dari saat ini, aku akan memberikan waris bagi anak-anak perempuanku”.
Maka Habib Umar mau singgah di rumah orang itu dan beliau berdo’a
bagi keluarga orang itu, sehingga mereka diberi barokah dan kebahagiaan
hidup”.
Pada suatu kali ketika beliau berkunjung ke rumah seorang dari
keluarga Basuwaid yang ada di desa Anaq. Maka beliau disambut dengan
sambutan yang luar biasa, dan beliau diberi labu. Beliau bertanya: “Dari
mana engkau peroleh buah labu ini?” Jawab orang itu: “Aku memetiknya
dari sebuah kebun milik wakaf”. Katanya beliau: “Kalau begitu, kita
tidak diperbolehkan makan dari kebun yang telah diwakafkan, sebab kebun
yang telah diwakafkan itu adalah milik semua orang Islam”. Kata orang
itu: “Mulai sekarang aku tak mau lagi makan dari hasil kebun yang telah
diwakafkan, lalu bagaimana hasil-hasilnya yang telah aku makan di
masa-masa sebelumnya?” Kata Habib Umar: “Untuk menebus dosanya yang
lalu, maka rawatlah kebun itu, kemudian bagikan hasilnya bagi kaum
muslimin”. Maka sejak saat itu, kebun yang telah diwakafkan itu mulai
sebaik mungkin”.
Habib Umar tidak mau menerima harta wasiat dari seorang kecuali
bila beliau telah memperjelaskan benar-benar tentang redhanya ahli
warisnya. Pada suatu kali ada seorang wanita yang mewasiatkan sebagian
dari perhiasannya senilai tiga Uqiyah. Ketika wanita pemilik harta itu
wafat, maka harta yang diwasiatkan itu diberikan kepada beliau, tetapi
beliau tidak mau menerimanya sampai setelah memperjelas redha ahli
warisnya tentang harta wasiat itu”.
Disebutkan oleh Syeikh Ali ibnu Salim al-Junaid, bahwa ayahnya
yang bernama Salim pernah meminjam seekor keldai buat kenderaan bagi
perjalanan habib Umar yang akan pergi ke desa Lahrum. Anehnya, sesampai
di tengah perjalanan, keldai itu berhenti dan duduk di padang pasir,
padahal waktu itu udaranya amat panas. Kata Syeikh Salim: “Hampir aku
pukul keldai ini, tetapi beliau melarangku seraya berkata bahwa pemilik
keldai ini tidak mau keldainya dipukul”. Kemudian beliau berkata:
“Peganglah kepalanya dan aku akan membantumu, agar ia berjalan”.
Demikian pula ketika keldai itu mogok kembali, maka Salim hendak
memukulnya, tetapi beliau menolaknya, dan beliau membantunya agar ia mau
berjalan”.
Dan jika telah masuk waktu solat berjamaah, sedangkan imam masjid
ada didekat beliau, maka beliau mengusirnya seraya berkata: “Pergilah
engkau untuk menjadi imam, tidak dihalalkan anda duduk di sini, bila
waktu tugas anda sebagai imam telah tiba”.
Rasa tawadhu’ al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Itu orang
(al-Habib Umar) yang pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu’ dan lemah
lembut, sehingga tangkai-tangkainya seperti itu juga”. Hal itu
menunjukkan kedua sifat budi pekerti beliau.
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Ketika kami
berkunjung ke desa Huraidzah ke tempat Habib Umar, kami melihat Habib
Umar bersikap amat tawadhu’, tidak seorangpun dari orang-orang besar
yang dapat mengikuti perangai beliau seperti itu. Begitu tawadhu’nya
perangai beliau, meskipun tingginya kedudukan beliau, samapi beliau
tidak dapat dibezakan dengan kawan-kawan duduknya yang lain. Di tengah
majlisnya, beliau tidak duduk di tempat yang khusus, tidak pakai pakaian
khusus, sehingga beliau tidak berbeza dengan kawan-kawan duduk yang
lain. Bila bangun kerana ada hajat dan tempat duduknya ditempati orang
lain, belaiu tidak marah dan tidak menyuruh orang itu untuk pindah,
bahkan beliau duduk di tempat lain, sampai aku pernah berkata: “Alangkah
tidak sopannya kalian terhadap Imam ini”.
Pada suatu kali, penduduk Syibam berebutan untuk berjabat tangan
dengan beliau, ada seorang yang ketika itu melihat kesederhanaan pakaian
Habib Umar dan ketawadhu’annya, maka ia berkata: “Seorang yang seperti
ini, kami di Tarim tidak mengajak berjabat tangan dengannya”. Ketika
ucapan itu didengar oleh Habib Umar, maka beliau berkata: “Memang pantas
ucapannya itu, sebab yang ada di Tarim hanyalah orang-orang yang
wajah-wajahnya bagaikan bulan”. Beliau mengulang-ulang berkali-kali.
Pada suatu hari ketika orang-orang datang ke tempat Habib Umar
untuk mengucapkan selamat atas lahirnya seorang anak beliau, sedangkan
dari penduduk kota itu tidak ada yang datang, mereka adalah orang-orang
yang berwatak keras dan meninggalkan solat berjamaah dan Jum’at, maka
ada seorang dari penduduk desa itu yang mendengar bahawa Habib Umar
mempunyai anak, lalu dia mengatakan keldaiku mempunyai anak, suatu
ucapan yang mengejek dan sangat tidak pantas. Mendengar ejekan orang
itu, Habib Umar tidak marah, bahkan Habib Umar mendatangi rumah orang
itu dengan tujuh kawan beliau. Kedatangan beliau menjadikan orang itu
amat bergembira, sehingga ia menjadi amat kagum terhadap lemah lembut
budi pekerti beliau. Kunjungan Habib Umar itu di pagi hari Jum’at.
Ketika Habib Umar hendak keluar, maka beliau bertanya kepada orang itu
dan kawan-kawannya yang tidak mau menghadiri solat Jum’at: “Mengapa
kalian tidak menghadiri solat Jum’at, padahal mempunyai pakaian-pakaian
yang bagus dan harum baunya?” Jawab mereka: “Apakah kami boleh
menghadiri solat Jum’at dengan memakai pakaian-pakaian yang bagus dan
harum?” Jawab Habib Umar: “Boleh”. Maka mereka keluar bersama-sama untuk
menghadiri solat Jum’at dengan perasaan gembira dan puas karena akhlak
dan perilaku Habib Umar.
Kedermamawan al-Habib Umar al-Attas
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang amat murah
tangan, sehingga rumahnya selalu dibanjiri segala lapisan masyarakat
yang membutuhkan bantuan beliau. Kedermawan Habib Umar tidak pernah
membezakan orang, semua orang disamakan pelayanannya, baik dia orang
yang fakir atau pejabat tinggi. Habib Umar sangat peduli untuk memberi
makan orang-orang, sehingga menyuruh pembantu-pembantunya untuk
menyimpan sebagian hasil panen buat nanti bila datang musim paceklik.
Sehingga kalau ada orang-orang yang membutuhkan pertolongan, pasti
kebutuhan mereka dapat terpenuhi. Meskipun besarnya kedermawan Habib
Umar, tetapi beliau tidak pernah menyombongkan diri di depan orang-orang
lemah. eliau senantiasa memberi pelayanan kepada orang-orang lemah
dengan penuh kasih sayang, sehingga mereka tidak pernah rasa malu dengan
beliau. Demikian pula, Habib Umar tidak pernah memaksa diri dalam
menjamu tamu-tamunya, adkalanya tamunya orang miskin, beliau hidangkan
daging bila beliau memilikinya. Adakalanya tamunya penguasa, beliau
hidangkan seadanya, bahkan beliau lebih mengutamakan kaum lemah dari
kaum penguasa. Hal itu terlihat pada perlakuan beliau terhadap Sultan
Badar ibnu Muhammad al-Katsiri. Yang demikian itu sengaja beliau lakukan
agar tidak terasa di hati Sultan bahwa beliau butuh bantuan dari Sultan
atau ingin mendekatkan diri kepadanya.
Adakalanya kalau ada orang-orang terpandang mengunjungi beliau,
sedangkan beliau tidak mempunyai hidangan yang pantas buat dihidangkan
kepada mereka. Tetapi beliau tidak segan mohon bantuan atau pinjaman
untuk menyembelih seekor kambing bagi tamu-tamunya yang terpandang itu,
agar mereka tidak kecewa bila penghormatannya atau hidangannya dirasa
kurang cukup.
Al-Habib Umar sebagaimana yang diceritakan oleh putranya iaitu
al-Habib Abdullah selalu menyisakan atau menyimpan sebagian hasil panen
tahunan untuk musim paceklik, meskipun kebanyakan orang tidak
memperhatikan hal ini. Karena itu bila banyak orang-orang yang mohon
bantuan bahan makanan di rumah beliau jika musim paceklik tiba, maka hal
itu tidak mengherankan sebab beliau telah lama bersiap-siap menghadapi
krisis pangan seperti itu. Di saat krisis pangan sedang melanda kaumnya,
maka beliau menolong orang-orang yang membutuhkan bahan makanan. Di
antara mereka, ada yang setiap saatnya diberi makan langsung di rumah
beliau, tetapi ada pula yang dikirim bahan pangan ke rumah-rumah mereka,
terutama bagi keluarga-keluarga yang tidak bisa mohon bantuan orang,
tetapi masa paceklik yang memaksa mereka untuk cari bantuan dan juga
untuk mempererat tali silaturahim.
Adakalanya, ada sejumlah tamu yang datang ke rumah beliau di
akhir malam, dan beliau menyambut mereka dengan ramah-tamah. Biasanya
bila ada tamu di akhir malam hari, beliau membangunkan isterinya untuk
menyiapkan makan malam buat tamu-tamu yang datang di akhir malam,
adakalanya beliau menyimpan sebagian makan malamnya, persiapan
barangkali ada tamu yang datang. Biasanya jika bahan makanan pokok
menipis, maka beliau dan keluarganya tidak mau makan bahan pokok. Beliau
dan keluarganya memilih bahan pangan pengganti, sedang bahan pangan
yang pokok diberikan bagi orang lain yang membutuhkannya, terutama bagi
para tamu yang datang ke rumah beliau. Kalau bahan pangan pokok
benar-benar habis, maka beliau berikan bahan pangan berupa apa saja
tanpa malu.
Habib Umar tidak senang menonjolkan diri
Habib Umar dikenal sebagai seorang yang selalu merahsiakan
keistimewaan-keistimewaannya dan ketekunan beribadahnya. Demikian pula,
Habib Umar selalu mewasiatkan hal itu bagi murid-muridnya.
Habib Umar suka mengasingkan diri dari masyarakatnya. Kata beliau:
“Menonjolkan diri merupakan penyakit yang tidak ada ubatnya”.
Seorang murid beliau pernah melihat Habib Umar duduk di tempat
solatnya secara tersendiri. Ketika beliau ditanya: “Mengapa beliau
mengasingkan diri?” Kata beliau: “Aku mengasingkan diri sebab
orang-orang itu selalu mendekati aku”.
Habib Ali bin Hasan al-Attas meriwayatkan bahawa Thabarani
menyebutkan bahawa Anas r.a berkata: “Aku datang ke tempat Rasulullah
SAW dan aku dapatkan beliau mendorongkan sesuatu dengan kedua
tangannya”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, kiranya apa yang tadi engkau
dorongkan dengan kedua tangannya ini?” Sabda beliau: “Tadi aku
didatangi dunia maka aku mengusirnya dariku”.
Salah satu dari tanda ketidaksenangan Habib Umar untuk
menampilkan diri dan tanda lemah lembutnya adalah jika beliau
mengunjungi suatu desa dan beliau tinggal di desa itu selama tiga hari
atau lebih atau kurang dari jumlah itu, tetapi kedatngan beliau itu
hampir tidak diketahui oleh penduduk desa yang beliau kunjungi, kecuali
hanya si pemilik rumah yang beliau singgahi dan tetangga-tetangga
dekatnya. Pada umumnya beliau suka berjalan di saat panas matahari atau
di waktu tengahari yang sangat panas, dan beliau tidak senang ditemani
orang lain, kecuali pembantunya. Jika beliau tiba di suatu desa, maka
beliau sengaja memilih singgah di suatu rumah yang tidak akan dikenal
orang banyak.
Gerakan dakwah al-Habib Umar al-Attas
Habib Umar pernah berkata:”Ketika aku diminta untuk bergerak di
bidang da’wah, maka aku mengajukan berbagai alasan untuk menerangkan
ketidakmampuan melakukannya”. Maka diberitahukan kepadaku: “Kami akan
mendukungmu dalam melaksanakan tugas da’wah ini dengan seorang yang amat
mampu untuk melaksanakan tugas ini. Kemudian Syeikh Ali Baras
diperbantukan kepadaku”.
Dikarenakan seringnya perjalanan yang beliau lakukan untuk
berda’wah dan mendamaikan orang, sampai beliau mengatakan: “Dikarenakan
banyaknya perjalanan yang aku lakukan untuk berda’wah, sampai aku
menjadi orang pendatang (asing) sampai kewajipan solat Jum’at tidak
diwajibkan bagiku”. Karena beliau selalu dalam keadaan musafir.
Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata: “Sebenarnya kami ingin
mengunjungi makam-makam dan negeri-negeri, akan tetapi kami terhalangi
oleh kecintaan dan ketergantungan manusia kepada kami. Kami ingin sekali
seperti Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas, karena beliau banyak
berkunjung ke berbagai tempat, untuk berda’wah dengan tidak ditemani
orang lain.
Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata juga: “Pada tahun 1071 H,
tepatnya hari Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir, ketika kami berkunjung ke
tempat al-Habib Umar al-Attas, maka kami meminta untuk berdua dengan
beliau tanpa diikuti orang lain. Ketika permintaanku itu dikabulkan oleh
Habib Umar dan beliau merestui dengan segala yang aku lakukan, beliau
menganjurkan aku untuk berdakwah secara khusus atau umum tanpa peduli
ucapan orang banyak”.
Habib Umar selalu giat berda’wah, menyuruh yang baik dan melarang
yang mungkar dengan cara yang lemah lembut, dan bersifat mengayomi
orang, sehingga banyak orang yang suka dan cinta dengan beliau. Tidak
sedikit orang-orang yang membangkang dan berbuat dosa terpengaruh oleh
lemah lembutnya da’wah beliau, sehingga mereka bertaubat dan menjadi
orang-orang yang taat kepada Allah. Beliau menggalakkan menghadiri solat
berjamaah dan solat Jum’at. Selain itu, berbagai cabang-cabang
amal-amal soleh pun digalakkan di tengah masyarakatnya. Pada waktu
beliau sampai di desa Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau dapati
masyarakatnya banyak yang bodoh, membangkang, kasar, tidak suka
tolong-menolong dan tidak mau berjamaah dan berjum’atan. Dengan tekun
Habib Umar mengajak mereka ke jalan Allah. Habib Umar tidak pernah
memaksa orang untuk berbuat baik, tetapi merayu mereka dengan cara-cara
yang menarik, sehingga akhirnya penduduk desa Huraidzah menjadi
manusia-manusia yang berbudi pekerti halus dan ramah-tamah.
Salah satu dari cara-cara menarik yang dipakai Habib Umar dalam
menarik hati masyarakatnya adalah sering mengunjungi rumah-rumah mereka
dan bercengkramah di rumah-rumah mereka, sampai mereka cinta dengan cara
yang dipakai leh beliau. Meskipun demikian, beliau tidak segan
menasihati mereka bila ada perbuatan-perbuatan terlarang yang dilakukan
oleh mereka, misalnya cerita yang tertera di atas akan nasihat yang
beliau berikan kepada seorang Basuid yang menyuguhkan buah labu yang
timbul di kebun milik wakaf. Termasuk juga lemah lembut beliau terhadap
orang yang mengatakan keldaiku juga mempunyai anak, sewaktu orang-orang
mengucapkan selamat atas lahirnya anak beliau, yang mana mereka tidak
mau melakukan solat Jum’at. Sampai mereka mau menghadiri solat Jum’at
dan mereka tertarik dengan cara-cara yang menarik dari Habib Umar.
Terhadap orang-orang yang terang-terangan menentang hukum Allah,
maka beliau bersifat kasar terhadap mereka. Di antaranya adalah beliau
tidak mau singgah ke rumah seorang dari keluarga Bashalib yang tidak mau
memberikan waris bagi putri-putri mereka: “Ketika mereka bertanya, maka
beliau berkata: “Bagaimana aku mau akan berkunjung ke rumah seorang
yang tidak mau memberi hak waris bagi putri-putrinya?” Maka dengan
ketegasan Habib Umar itu, mereka menyatakan taubatnya, dan akhirnya
beliau mau mengunjungi rumah mereka.
Sedangkan terhadap orang-orang yang tidak ada gunanya dengan
cara-cara yang lemah lembut, maa beliau bersifat kasar dan marah yang
sangat marah. Hal itu dinampakkannya seperti tidak mau memasuki rumah
mereka, tidak mau menghadiri undangan mereka, sehingga banyak yang
bertaubat di tangan beliau.
Disebutkan juga bahwa Habib Umar pernah menola makan hidangan
yang dihidangkan di rumah seorang yang tidak memisahkan antara harta
dari hasil yang halal maupun yang haram, khususnya dari harta hasil
riba’. Disebutkan bahwa pada suatu hari, Habib Umar diundang makan di
suatu rumah yang pemiliknya sedikit banyak suka makan harta hasil riba’.
Ketika hidangan makanan telah disuguhkan dan para tamu termasuk Habib
Umar dan Syeikh Ali Baras dipersilakan makan. Ketika itu Habib Umar
merasa bahawa hidangan itu ada undur haramnya. Maka beliau
memberitahukan kepada Syeikh Ali Baras tentang hal itu. Kemudian
keduanya meninggalkan jamuan makan tanpa menyantap sesuap pun dari
makanan yang dihidangkan itu sehingga pemilik rumah bertanya-tanya
tentang sebabnya. Kata Habib Umar: “Dalam hidanganmu ada harta yang
tidak halal”. Maka si pemilik rumah menangis dan berkata: “Kalau
orang-orang yang baik tidak mau makan makananku, maka aku adalah orang
yang paling jelek”. Lalu menyatakan taubatnya di hadapan Habib Umar dan
ia berjanji tidak akan memungut harta dari hasil riba’ lagi.
Disebutkan bahawa pada suatu hari Habib Umar menghadiri majlis
ta’lim Habib Aqil, saudara beliau, sepulangnya dari ziarah ayahnya.
Ketika itu ada seorang yang kaya yang suka menerima harta riba’ memberi
suguhan kopi susu kepada para jamaah. Ketika Habib Umar merasa bahawa
dalam kopi yang disuguhkan itu ada unsur haramnya maka beliau berkata:
“Angkatlah kopimu, kami tidak dapat meminumnya sebab engkau suka
menerima harta riba’”. Habib Umar sangat marah terhadap orang itu maka
lelaki itu berdiri sambil marah dan nenentang Habib Umar sehingga Habib
Umar berdoa bagi orang itu. Denga izin Allah, lelaki itu sakit dan mati
tidak lama setelah itu. Kata Habib Ali bin Hasan al-Attas: “Karena
lelaki itu menampakkan diri menentang Allah dari dua sisi, yang satu
dengan harta riba’ yang ia makan. Allah berfirman:
“Maka ketahuilah Allah dan Rasulnya akan memerangimu”
Dan karena ia menentang wali Allah, seperti yang disebutkan dalam hadis Qudsi:
“Seorang yang menentang wali-Ku maka Aku akan memeranginya”
Di akhir usianya ketika Habib Umar solat Jum’at di desa Nafhun,
beliau duduk di pintu masjid. Maka beliau memberikan mauidhoh hasanah
dan memperingatkan hadirin dari seksa Allah karena itu mereka diminta
meningkatkan frekuensi ibadah mereka dan ketaqwaan mereka dan melarang
dari apa yang menyebabkan kemurkaan Allah. Setelah itu beliau berkata:
“Apakah aku telah menyampaikan pesan-pesan Allah ini?” Jawab para
hadirin: “Ya”. Maka beliau berkata: “Ya Allah, saksikanlah kesaksian
mereka”.
Di saat itu ada seorang murid beliau yang bernama Syeikh Abdul
Kabir Baqais yang berkata: “Seolah-olah Habib Umar memberikan nasihat
yang terakhir”.
Habib Umar gemar mendamaikan orang yang berselisih
Habib Umar al-Attas suka mendamaikan orang-orang yang sedang
berselisih demi untuk menjalankan ajaran Allah yang pernah disebutkan
Allah dalam firmannya:
“Tiada kebaikan dalam sebagian besar bisik-bisik kalian kecuali
seorang yang menyuruh bersedekah dan menyuruh berbuat kebajikan atau
mendamaikan di antara manusia yang berselisih. Barang siapa yang
mengerjakan hal itu karena berharap redha Allah, maka akan kami berikan
pahala yang besar”
Disebutkan bahawa suatu hari beliau mendamaikan di anatara dua
suku Kabilah Arab yang sedang bersengketa. Maka masing-masing suku
berkeras kepala, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Bagaimanakah
pendapat kalian bila seseorang di antara kalian berada di suatu lembah,
bisakah ia menjadikan lembah itu makmur atau bisakah ia menggali sumur
seorang diri atau menolak serangan musih seorang diri?”
Jawab kedua suku itu: “Tidak bisa”. Jawab Habib Umar: “Karena itu
bersatulah kalian semua agar dapat menyelesaikan segala persoalan
secara bersama”. Berkat nasihat Habib Umar itu, maka mereka bersatu
kembali dan saling memaafkan”.
Dikisahkan oleh Syeikh Muhammad Ibnu Abdil Kabir Baqais: “Pada
suatu kali ketika Habib Umar menyeru perdamaian pada satu kabilah Arab
dengan lemah-lembut, maka mereka menolaknya dengan cara kasar sehingga
beliau melemparkan tasbihnya di antara mereka. Dengan kuasa Allah,
tasbih itu berubah seakan-akan menjadi ular besar yang merayap di antara
mereka sehingga mencari perlindungan di hadapan beliau. Maka mereka
meminta maaf dari Habib Umar dan menerima seruan perdamaian.
Disebutkan bahawa ada seorang yang berhutang dan si pemberi
hutang mengadukan masalah keduanya kepada Habib Umar. Akhirnya setelah
keduanya didamaikan oleh beliau, maka yang memberi hutang bersedia
memaafkan sebagian hutangnya asalkan yang berhutang mau melunasi
sebagiannya. Anehnya setelah keduanya keluar dari tempat Habib Umar,
maka yang memberi hutang mengingkari perjanjian tadi sehingga yang
berhutang memberitahukan Habib Umar. Maka Habib Umar marah pada si
pemberi hutang seraya berkata: “Nanti engkau akan terkena penyakit dan
akan terkena sengatan api sebanyak bilangan wang yang engkau ingkari
janji kemudian akan menjadikan engkau mati”. Nyatanya ucapan Habib Umar
itu dikabulkan Allah, akhirnya si pemberi hutang mati setelah ia
menderita sakit beberapa waktu.
Disebutkan juga bahawa sebagian penduduk desa Huraidzah dipaksa
menyerahkan tanah perkebunannya kepada kaum penguasa. Maka penduduk desa
itu meminta bantuan dari Habib Umar untuk memaksa kaum penguasa itu
agar membatalkan tuntutan mereka kepada penduduk Huraidzah. Ketika para
penguasa mau menolak, maka Habib Umar mengancamnya akan mendoakan bagi
mereka, maka mereka terpaksa membatalkan tuntutan mereka.
Disebutkan ada dua bersaudara pemilik kebun dari keluarga Ghanim
yang berbuat zalim kepada tetangganya tentang pengairan bagi kebunnya.
Ketika kedua bersaudara itu dilaporkan kepada Habib Umar, maka keduanya
dinasihati agar memberikan hak tetangganya, tetapi keduanya menolak
bahkan menentang Habib Umar dengan penuh kurang ajar sehingga Habib Umar
berkata pada mereka: “Kalian akan kami masukkan ke dalam lautan yang
tiada bertepi”. Akibat ucapan Habib Umar itu, maka salah satu dari kedua
bersaudara itu ada yang berubah akalnya sehingga ia menyerang
saudaranya, dan saudaranya ikut tak sadar sehingga keduanya saling hunus
senjata tajam, akhirnya keduanya saling menikam hingga keduanya mati
secara tidak terhormat.
Habib Umar selalu berfikiran positif
Dikenal oleh banyak orang bahawa Habib Umar selalu berfikiran
positif dan pendapatnya dapat dijadikan petunjuk yang baik. Beliau
melihat dengan mata hati. Karena itu banyak orang yang selalu mohon
pendapat beliau. Bagi yang mengikuti pendapat dan kebijaksanaan beliau,
maka ia akan senang. Sebaliknya bagi yang menyalahi pendapat beliau
tidak sedikit yang menyesal dan rugi. Di antara pendapat beliau yang
memberi manfaat adalah pendapat yang beliau berikan kepada Syeikh
Muhammad ibnu Hussein al-Huraidhi untuk menghafal al-Quran. Sedangkan ia
telah lanjut usia lalu diterimanya maka ia diberi kemudahan oleh Allah.
Di antara pula pendapat beliau bagi Syeikh Muhammad al-Amiri
an-Nahdi untuk menanam pohon kurma di salah satu tempat yang bernama
Dhahirah, tetapi pendapat Habib Umar itu dianggap lemah oleh sebagian
orang. Untungnya Syeikh Muhammad al-Amiri menjalankannya, sehingga ia
berhasil mendapatkan untung besar.
Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah ibnu Said Bamika, pemilik
masjid al-Aredh di kota Syibam termasuk salah satu dari orang-orang
saleh yang gemar beribadah dan menjalin persahabatan yang erat dengan
Habib Umar. Syeikh termasuk orang yang kaya, tetapi pada suatu masa
kejayaannya menurun sampai ia jadi miskin. Ketika ia mengadukan kepada
Habib Umar, maka beliau memberi petunjuk untuk melakukan suatu amal
kebajikan. Syeikh Abdullah mengerti maksud petunjuk beliau itu, sehingga
ia menggali sebuah sumur dan ia membangun sebuah masjid di tempat itu.
Setelah itu, ia melaporkan apa yang ia lakukan kepada Habib Umar. Dengan
restu Habib Umar, maka kekayaan Syeikh Abdullah kembali seperti
sediakala.
Ketika penduduk Syibam bertanya kepada Habib Abdullah al-Haddad,
mana yang bagus solat di masjid Abdullah Bamika ataukah di masjid milik
orang lain, maka Habib Abdullah al-Haddad menganjurkan orang untuk solat
di masjid Abdullah Bamika sebab masjid tersebut dibangun atas petunjuk
seorang wali Allah, iaitu Habib Umar al-Attas.
Disebutkan juga bahawa ketika sebagian dari penduduk dari suku
Nahdi datang kepada Habib Umar tentang lamanyamusim panas di desa
mereka, sampai kebun-kebun kurma mereka banyak yang kering. Habib Umar
menganjurkan mereka untuk menetap bersabar di desa mereka, mereka
dilarang untuk pindah ke tempat lain, semoga tidak lama Allah akan
menurunkan hujan ke desa mereka. Akhirnya dengan mengikuti petunjuk
Habib Umar dengan tetap bersabar, maka tidak lama kemudian Allah
menurunkan air hujan bagi penduduk desa itu, sehingga pengairan bagi
kebun-kebun kurma mereka berjalan lancar lagi seperti sediakala.
Disebutkan bahawa Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi al-Juaydi
selalu berhubungan erat dan yakin sepenuhnya kepada Ahbib Umar, dan
tidak pernah menyalahi pendapat beliau. Karena itu Habib Umar memohon
kebaikan kepada Allah bagi Syeikh Umar al-Hilabi dan bagi anak cucunya.
Pada suatu kali ketika Syeikh Umar ini singgah di tempat Habib Umar,
maka ia disambut oleh beliau. Waktu itu baru menjelang musim panen.
Ketika ia minta izin untuk meninggalkan tempat Habib Umar, maka beliau
berkata: “Hai Umar, jika engkau sampai di desamu, maka panenlah dan
ambillah hasil pohon kurmamu”.
Petunjuk Habib Umar itu dilaksanakan sebaik-baiknya oleh Syeikh
Umar tanpa ragu-ragu lagi karena kuatnya itikadnya terhadap Habib Umar,
padahal bila panen sekarang, maka hasilnya akan berkurang sampai
penduduk desanya menegur dengan keras, bahkan di antara mereka ada yang
menganggap Syeikh Umar sudah gila, untungnya ia tetap menghargai
petunjuk Habib Umar.
Tidak lama kemudian ketika pasukan belalang menyerbu pohon-pohon
kurma penduduk desa itu, semua hasil yang akan dipanen oleh penduduk
desa itu rosak sehingga mereka menyesali nasib mereka karena tidak
mendapat hasil panen kurma pada musim panen itu, sedangkan Syeikh Umar
telah memetik hasilnya sebelum pasukan belalang menyerbu tanamannya.
Maka mereka sadar akan rahasia petunjuk Habib Umar dan faedah mengikuti
pendapatnya.
Disebutkan bahawa putra Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Ahmad
bin Afif sering ke desa Huraidzah untuk mengunjungi Habib Umar, karena
ayah mereka adalah kawan dekat Habib Umar.
Pada suatu kali, Syeikh Ma’ruf, putra Syeikh Abdullah menginap di
rumah Habib Umar sebelum beberapa hari, ia tidak mau ke tempat lain
kecuali jika sudah mendapat izin dari Habib Umar.
Suatu hari ketika Syeikh Ma’ruf minta izin akan pulang, maka
Habib Umar tidak mengizinkannya, setelah beberapa waktu ia minta pamit
lagi, tetapi Habib Umar menolaknya, tetapi ia minta secara berkali-kali
agar ia diberi izin. Setelah ia agak memaksa, maka Habib Umar berkata:
“Kami menahan anda untuk pulang agar anda terhindar dari tuduhan
pencuria yang akan terjadi dituduhkan penduduk desamu kepada
saudara-saudaramu dan keluargamu”. Maka apa yang dikatakan oleh Habib
Umar itu memang terjadi, sehingga Syeikh Ma’ruf terhindar dari tuduhan
pencurian. Tetapi tidak lamapun tuduhan pencurian itu ditarik oleh
penduduk desa Hajraian, karena pencuri yang sebenarnya dapat segera
ditangkap.
Pada suatu hari ketika beliau berkumpul dengan tokoh-tokoh
masyarakat dari kaumnya, maka beliau menasihati mereka untuk segera
memperbaiki saluran-saluran air yang dipergunakan untuk mengairi kebun
kurma mereka. Nasihat Habib Umar ini dilaksanakan oleh kaumnya meskipun
bulan itu adalah bulan suci Ramadhan. Kebetulan setelah mereka selesai
mengerjakannya, mereka pulang, maka tidak lama kemudian datang banjir,
sehingga airnya melimpah ruah di tempat-tempat penampungan air yang
telah mereka perbaiki.
Disebutkan pula bahawa pada suatu hari musim panas dan di mana
paceklik yang luar biasa, tiba-tiba ada seorang lelaki yang sudah lanjut
usia minta izin untuk ke Yaman. Ia telah menyimpan bekal makanan di
rumahnya, tidak seorang pun yang tahu apa yang ia telah lakukan. Kata
Habib Umar: “Mengapa engkau sore ini akan melakukan perjalanan ke tempat
yang amat jauh dan perjalanannya pun amat berbahaya, padahal engkau
masih menyimpan sejumlah bahan makanan di tempat yang amat rahasia
sehingga tidak seorangpun yang mengetahuinya selain Allah”.
Setelah mendengar nasihat dan pertanyaan dari Habib Umar, maka
orang tua itu mengurungkan niatnya. Tidak lama dari kejadian itu, maka
ia sakit dan wafat, sehingga sejumlah bahan makanan yang ia sembunyikan
itu jadi hidangan para pelawat jenazah orang tua itu.
Sikap Habib Umar tehadap kaum penguasa
Habib Umar dikenal sebagai seorang yang tidak merasa takut
terhadap kaum penguasa. Beliau suka menasihati mereka meskipun nasihat
beliau adakalanya dirasakan pahit oleh kaum penguasa. Dan beliau selalu
menolak pemberian maupun hidangan mereka, sampaipun kayu bakar dari
mereka beliau tidak mau menggunakannya.
Pada suatu hari, ketika utusan Sultan Badar al-Katsiri
memberitahu bahawa Sultan Badar akan mengunjungi beliau di Huraidzah,
maka beliau memberitahukan bahawa beliau yang akan mendatangi Sultan di
mana ia berada, karena itu beliau minta akan Sultan tetap berada di mana
ia sekarang berada. Kemudian Habib Umar segera berangkat dan beliau
menyuruh pelayannya untuk membawa kopi, kayu bakar dan api, yang mana
kopi itu untuk beliau minum di tempat Sultan, sebab beliau tidak mau
minum apapun dari milik Sultan atau milik kaum penguasa.
Setelah beliau berhadapan dengan Sultan Badar, maka beliau
memberinya nasihat-nasihat yang berguna mengenai dunia dan akhiratnya.
Pada saat itu, Sultan Badar menyuruh pelayannya membuat kopi yang
dicampur dengan madu dan diminta untuk dihidangkan kepada Habib Umar dan
rombongannya. Setelah dimasak dalam waktu yang lama, maka Sultan
menyuruh pembantunya untuk segera menyuguhkannya ke hadapan Habib Umar.
Ketika si pembantu melihat ke dalam tempat air yang sedang dimasak, ia
menjadi terkejut sebab di tempat air itu, air dan madunya tidak ada
sehingga ia segera melapor kepada Sultan Badar. Laporan dari si pembantu
itu menjadikan Sultan Badar menyadari bahawa Habib Umar sangat tingi
rasa wara’nya dan ia merasa bahawa air kopi itu habis dikarenakan
besarnya karomah beliau. Akhirnya Sultan Badar segera minta maaf kepada
Habib Umar. Kata Sultan Badar: “Mengapa anda sampai kami ajak minum
secangkir kopi dari kami saja anda tidak mau?” Jawab Habib Umar:
“Memang, kalau kami tidak menjaga diri, tentunya kami tak akan dapat
berbuat seperti itu”.
Biasanya jika penguasa minta pendapat dari Habib Umar, maka
beliau memberi pendapat yang sejujurnya, walaupun pendapat beliau itu
dirasa tidak menyenangkan hatinya.
Disebutkan ketika ada seorang penguasa di Hadramaut berkata
kepada Habib Umar: “Kami selalu mengingatimu dan mengharap doamu wahai
Habib Umar”.
Jawab Habib Umar: “Kami tidak takut kalian akan terkena gangguan
dari warga barat dan timur, kecuali jika ada seorang yang teraniaya
hak-haknya yang berdoa, sebab doa orang yang teraniaya akan segera
dikabulkan oleh Allah. Di saat itu doaku tak dapat berguna bagi kalian”.
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang tidak mau
menerima pemberian apapun bentuknya dari kaum penguasa. Meskipun
demikian setiap hadiah yang diberikan kepada Habib Umar maka beliau
menerimanya dengan penuh karomah selanjutnya beliau memberikannya lagi
kepada yang memberinya dengan cara yang penuh hormat sehingga yang
memberi tidak merasa tersinggung atau disedekahkan kepada fakir miskin.
Habib Umar sangat memperhatikan kepada para pengikutnya yang mencintainya
Keterkaitan perasaan Habib Umar terhadap pengikut-pengikutnya
yang mencintainya amat besar. Tentang masalah ini banyak dikenal orang.
Di antaranya adalah sebagaimana yang dikisahkan oleh Syeikh
Muhammad ibnu Ahmad Bamasymus berikut ini: “Waktu aku masih kecil, aku
sempat menempuh perjalanan di padang pasir yang amat luas dan tandus
bersama sekelompok rombongan. Ketika kami tiba di suatu tempat yang
tidak ada airnya, maka kami merasa sangat haus, sehingga rombongan kami
melarikan diri dan aku ditinggalkan seorang diri di tengah padang pasir
yang tandus tidak dapat menyusul mereka. Kemudian tidak lama aku
mendapatkan sebuah mata air sehingga aku minum airnya dengan
sepuas-puasnya. Aku kira mata air itu adalah mata air lama yang biasa
diambil airnya, kemudian aku melanjutkan perjalananku dan aku
mendapatkan orang-orang yang meninggalkan aku tadi sedang berebut minum
air di suatu mata air. Kemudian mereka merebahkan diri karena lelah dan
haus. Ketika mereka melihat aku datang maka mereka menyilahkan aku minum
di mata air itu, tetapi aku katakan bahawa aku telah minum di suatu
mata air yang tadi kalian telah melewatinya. Mereka merasa heran akan
perkataanku karena mereka merasa bahawa tidak mendapati mata air selain
dari tempat mereka berada di saat itu. Setelah aku dewasa, ketika aku
bertemu dengan Habib Umar, maka beliau bertanya kepadaku: “Wahai
Muhammad, ingatkah engkau ketika engkau berada di suatu tempat yang
tandus dan engkau hampir mati dari kehausan, maka engkau segera
mendapati mata air dan engkau meminum sepuas-puasnya?” Ucapan Habib Umar
itu mengingatkan aku bahwa hal itu suatu karomah dari beliau”.
Disebutkan Syeikh Muhammad Bamasymus juga bahawa pada suatu hari
ketika kami dan Syeikh Ali Baras dan rombongannya berkunjung ke desa
Habib Umar di Huraidzah, maka beliau menyuruh kami untuk meneruskan
perjalanan ke bagian bawah Hadramaut. Ketika kami tiba di kota Tarim,
aku menderita sakit hingga tidak dapat mengikuti rombongan Syeikh Ali
Baras. Lalu ia menyuruh , maka sewaktu aku sampai di desa Dhibiy,
bertambah keras sakitku sampai aku pengsan. Di malam hari ketika aku
dalam keadaan sakit-sakitan, aku mendengar Habib Umar sedang berdehem di
rumahnya di Huraidzah sedangkan aku sekarang di Wadi Dhibi. Maka di
saat itu hilanglah pengikutku dan kesihatanku telah pulih kembali. Hal
itu tidak lain dikarenakan kekeramatan beliau.
Dikisahkan oleh Syeikh Salim ibnu Abdul Qawi bahawa ayahnya yang
bernama Abdul Qawi bin Muhammad Baqais, bahawa pada suatu hari Syeikh
Abdul Qawi berjalan di suatu pergunungan bersama seorang kawannya.
Ketika keduanya akan naik ke atas, maka keduanya mencari jalan yang
dilewati agar dapat sampai ke atas. Singkat katanya, keduanya mendapati
satu jalan sempit ke arah atas. Jalan itu hanya dapat dilewati seorang
saja. Ketika kawannya naik lebih dahulu, tiba-tiba satu batu besar jatuh
ke bawah. Kebetulan pada waktu itu Syeikh Abdul Qawi sedang naik ke
atas sehingga batu besar yang melewati jalan yang sempit itu sehingga
Syeikh Abdul Qawi merasa terancam dan ia terkejut. Untung pada saat itu
ia ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak memanggil nama Habib
Umar al-Attas. Dengan izin Allah, maka batu itu sudah berada di
belakangnya sampai ia terhindar. Tentunya kejadian itu adalah sebagai
bukti adanya pertolongan Allah dan adanya kekeramatan Habib Umar
al-Attas.
Disebutkan bahawa Syeikh Salmin ibnu Umar dan kawan-kawannya
pergi ke Yaman. Mereka naik kuda. Syeikh Salmin dikenal sebagai
penunggang yang mahir. Ketika rombongan melewati suatu pantai, tiba-tiba
kuda yang ditunggangi Syeikh Salmin berjalan di tepi laut. Kebetulan di
saat itu ada gelombang yang menerjang kuda Syeikh Salmin, hingga
kudanya Syeikh Salmin terseret ke tengah laut sampai kawan-kawannya
sangat menyesalkan keadaan kawannya yang terseret ke tengah lautan itu.
Mereka tidak dapat memberikan bantuan sedikitpun pada Syeikh Salmin.
Kebetulan Syeikh Salmin yang sedang menghadapi maut itu ingat kepada
Habib Umar sehingga ia berteriak menyebut nama Habib Umar dan ia
bernazar jika ia diselamatkan Allah dari bahaya maut itu, maka ia akan
memberikan harga kuda itu kepada Habib Umar. Dengan rahmat Allah, maka
ia seolah-olah diselamatkan oleh seseorang yang sedang naik seekor kuda.
Setelah ia selamat, maka ia menaiki kudanya yang tadi ikut terseret ke
tengah lautan itu. Tidak lamapun ia dapat mengejar kawan-kawannya hingga
mereka tercengan dan merasa gembira. Maka ia menceritakan apa saja yang
ia dapati dan iapun memenuhi nazarnya bagi Habib Umar.
Disebutkan juga bahawa Muhammad ibnu Hushin al-Huraidhi yang
pernah diajarkan oleh Habib Umar al-Attas untuk menghafalkan Al-Quran
meskipun usia sudah lanjut, dengan keyakinannya, maka ia melakukan
anjuran Habib Umar dan akhirnya ia dapat menghafal Al-Quran di luar
kepala.
Pada suatu hari, Muhammmad ibnu Hushin al-Huraidhi ini bergadang
bersama teman-temannya. Kebetulan pada waktu itu sedang musim belalang
yang merosak tanaman. Mereka sepakat untuk membakar belalang mulai dari
sarangnya yang ada di suatu gua di tempat yang bernama Gorgodah sebelah
utara desa Huraidzah. Pada malam itu, mereka keluar dengan membawa api
dan pelepah-pelepah pohon kurma menuju gua yang dimaksud. Sesampainya di
dalam gua dari obor seorang di antara mereka menimbulkan api membara di
tempat sekitarnya. Nampaknya api itu dianggap remeh oleh mereka, karena
itu mereka tidak memperdulikannya. Setelah api makin membesar maka
mereka tidak mendapat jalan keluar dari gua itu sehingga mereka yakin
bahawa mereka akan binasa. Maka di saat itu mereka teringat terhadap
Habib Umar, kemudian mereka memohon ampun kepada Allah dengan bertawasul
kepada Habib Umar. Maka dengan balas kasih Allah salah satu dari celah
gua itu terbuka sehingga terbentang jalan keluar bagi mereka dari gua
itu. Itula salah satu dari kesekian cerita dari kekeramatan Habib Umar.
Kata Habib Ali ibnu Hasan al-Attas: ” Kisah yang dialami Muhammad ibnu
Hushin dan kawan-kawannya di dalam gua itu sangat mirip dengan kisah 3
lelaki Bani Israel yang terjebak dalam gua seperti yang disebutkan di
dalam Hadith Bukhari”. Bahkan keadaan ini lebih menakutkan.
Kasih sayang Habib Umar terhadap binatang
Habib Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari
kejadian-kejadian berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya,
maka ia minta diambilkan sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya
demi untuk keledainya yang baru beliau tunggangi.
Disebutkan juga bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid
untuk memukul keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas.
Beliau suruh Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib
Umar ikut membantunya. Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali,
tetapi Habib Umar tetap melarang Syeikh Salim untuk memukulnya.
Pada suatu kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya
dengan memukuli ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib
Umar. Ketika ia hendak berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib
Umar menolak berjabat tangan dengannya. Jawab Habib Umar: “Aku tidak mau
berjabat tangan denganmu karena tanganku sakit”. Maka orang tadi
bertanya: “Karena apa?” Jawab beliau: “Dari sakitnya pukulan tersebut
ketika engkau memukuli binatang-binatang ternakmu tadi”. Ketika orang
itu minta maaf kepada Habib Umar maka beliau menasihatinya dengan keras
agar ia tidak mengulangi perbuatannya itu.
Gangguan-gangguan yang menimpa Habib Umar al-Attas
Seorang yang mempunyai tugas sebagai Da’i sekaligus penegak
kebenaran, maka gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau
mendengar seorang yang berkata kepada beliau: “Alangkah enaknya anda
wahai Habib Umar, sebab seorang semacam anda tidak akan ada orang yang
berani membenci anda”. Maka beliau berkata: “Katakan kalimat Lailaaha
illallah sebanyak orang-orang yang membenci Habib Umar”. Hal ini
menunjukkan akan banyaknya orang-orang yang memusuhi beliau.
Orang-orang yang mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan
sahaja dari orang-orang luar, tapi dari orang dalam rumah beliau
sendiri, iaitu dari isteri beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai
berikut:
Pada suatu malam anda serombongan tamu datang ke rumah Habib
Umar. Maka beliau membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan
makanan malam bagi tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya.
Habib Umar memintanya dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap
menolaknya. Akhirnya Habib Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta
tolong agar isterinya memasak buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka
isteri tetangga itu berkenan membuatkan makan malam bagi tamu-tamu Habib
Umar.
Yang menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar
masih hidup, tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang
menghasut dan mencaci-maki beliau. Anehnya setelah orang-orang yang
menghasut itu melihat kekeramatan Habib Umar, maka baru mereka menyesal
dan mengakui besarnya kekeramatan beliau.
Isteri-isteri Habib Umar al-Attas
Menurut berita yang dapat dipercaya disebutkan bahwa Habib Umar
pernah menikah dengan tiga belas orang wanita. Ada lapan wanita yang
sempat memberi anak bagi beliau, sedangkan yang lima orang tidak sempat
memberi anak bagi beliau.
Adapun isteri-isteri beliau yang sempat memberi anak bagi Habib Umar adalah:
- Sultonah binti Umar bin Reba’ sempat memberi dua anak bagi beliau, iaitu Salim dan Musyayakh.
-
Aliyah binti Rasam. Ia dari keluarga Isa bin Abdillah al-Abdali. Ia
sempat memberi tiga putera, iaitu Hussein, Abdurrahman dan Ali.
- Putri Mubarak bin Jamil Baras. Ia sempat memberi seorang putra iaitu Muhsin.
- Ruqoqah binti Ali Ba’isa. Ia sempat memberi dua putra iaitu Syeikh dan Abdullah dan seorang putri iaitu Syaikha.
- Fatimah binti Abdullah al-Masawa. Ia sempat memberi dua orang putri iaitu Alwiyah dan Asma’
- Habsyiyah dari keluarga Ghanim. Wanita ini sempat memberi seorang putri yang bernama Fatimah.
- Fatimah binti Umar bin Sulaiman al-Amiri an-Nahdi. Ia sempat memberi anak perempuan iaitu Salma.
-
seorang wanita dari Hautoh Zubdah. Ia memberi seorang anak yang bernama
Syeikh al-Albar. Putra beliau yang satu ini wafat di waktu kecil, ia
dimakamkan di sebelah kubur Syeikha Sulthonah.
Adapun isteri-isteri beliau yang tidak sempat memberi anak:
Seorang
wanita dari keluarga Basurah Baalwi dari Hainan. Beliau mengahwini
wanita ini sebab wanita ini mengalami terlambat kawin.
Seorang wanita dari desa Huraidzah, ia bernama Solahah. Beliau mengahwinnya tepat diawal beliau di desa Huraidzah.
Beliau sempat menikah dengan dua orang wanita dari keluarga Bajabir dari Andal.
Beliau pernah menikah dengan seorang wanita dari Manwab.
Ketika
Habib Umar berkunjung ke desa Qaydun untuk mengunjungi Syeikh Said bin
Isa al-Amudi maka beliau sempat melamar putri Habib Abu Bakar bin
Muhammad Bafaqih. Lamaran beliau diterima oleh Habib Abu Bakar. Dengan
ini, maka terjadilah hubungan yang sangat erat antara dua tokoh ini,
hanya saja tidak sampai jadi perkahwinan.
Anak-anak Habib Umar
Jumlah anak-anak Habib Umar ada 14 orang, 9 anak-anak lelaki, 5
anak-anak perempuan. Adapun anak-anak lelaki beliau adalah: Salim,
Musyayakh, Hussein, Abdurrahman, Ali, Syeikh al-Albar, Muhsin, Syeikh
dan Abdullah.
Adapun anak-anak perempuan beliau adalah: Syeikha, Alwiyah, Fatimah, Asma’ dan Salma.
Selain itu, beliau masih mempunyai banyak anak-anak lelaki dan perempuan yang wafat di waktu kecil.
Di antara anak-anak lelaki beliau yang menurunkan anak cucu
adalah: Salim, Hussein, Abdurrahman, Syeikh dan Abdullah. Sedangkan
anak-anak beliau yang lain tidak mempunyai anak.
Isyarat tentang dekatnya ajal beliau
Disebutkan bahawa Habib Umar al-Attas pernah memberitahukan
dekatnya ajalnya, adakalanya pemberitahuan itu berupa isyarat-isyarat
yang dapat dimengeti, tetapi ada pula yang terang-terangan. Disebutkan
bahwa ketika beliau ditanya oleh seorang pada umur berapa beliau akan
wafat, maka beliau mengisyaratkan pada usia 80 tahun. Kenyataannya
memang demikian. Berita tersebut pernah disampaikan oleh Habib Abdullah,
putra beliau.
Disebutkan pula, ketika beliau bertemu dengan tokoh-tokoh
Ba’alawi sepert habib Abdullah al-Haddad, Habib Ahmad bin Hashim dan
Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi di desa Sad’beh. beliau sempat memberi
pesan-pesan terakhir bagi mereka dan beliau mengatakan: “Mungkin saat
ini adalah pertemuan terakhir dengan kalian di dunia, aku akan menemui
kalian kelak”. Kemudian beliau meninggalkan desa Sad’beh menuju desa
Nafhun. Tidak lama setelah beliau tiba di desa Nafhun, beliau wafat.
Di akhir hayat beliau, ketika beliau solat Jum’at di masjid desa
Nafhun, maka beliau duduk di depan pintu masjid sebagaimana tertera di
atas. Beliau memberi nasihat-nasihat yang baik bagi
pengikut-pengikutnya, kemudian beliau bertanya kepada mereka: “Bukankah
aku telah menyampaikan pesan-pesan Allah ini?” Jawab pengikut-pengikut
beliau: “Ya”. Kemudian beliau berkata: “Ya Allah, saksikanlah ucapan
mereka, sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang menyaksikan”. Setelah
mendengar ucapan beliau yang terakhir itu, salah seorang pengikut beliau
ada yang berkata kepada putra beliau, Habib Hussein: “Ucapan ayahmu
yang terakhir ini mengisyaratkan bahawa beliau akan meninggalkan kita,
lalu memberikan bela sungkawa terhadap Habib Hussein”.
Awal sakit beliau
Disebutkan oleh Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, bahawa ketika
beliau berkunjung ke tempat Habib Umar beserta murid-muridnya ke
Huraidah tetapi Habib Umar berada di Sahrun. Habib Isa tidak
diperkenankan masuk ke tempat Habib Umar dan beliau menyuruh untuk
menunggu. Demikian pula ketika al-Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi tiba
di tempat itu dan ingin berkunjung Habib Umar, maka beliau pun ditolak
menemui Habib Umar, sebelum diizinkan oleh beliau. Pada hari itu juga
al-Habib Abdullah al-Haddad tiba bersama-sama murid-muridnya di tempat
itu dan beliau disuruh menunggu di tempat itu.
Tidak lama kemudian Habib Umar menemui ketiga tokoh Ba’alawi itu
bersama rombongannya secara singkat. Dalam pertemuan itu, beliau berdo’a
dan beliau memberi libas kepadanya mengajak membaca surat al-Fatihah.
Kemudian beliau berkata: “Hari ini adalah hari pertemuan terakhir di
dunia ini, semoga kita dapat bertemu lagi di sisi Allah”. Kemudian Habib
Umar menyuruh kepada Habib Abdullah al-Haddad untuk pergi ke Haynan dan
Habib Ahmad bin Hasyim untuk pergi ke Hajrain dan beliau juga
memberikan libas kepadanya. Sedangkan Habib Isa bin Muhammad diajak ke
desa Huraidzah bersama beliau. Setelah keduanya tiba di desa Andal maka
keduanya menghadiri majlis pembacaan Maulud Nabi S.A.W. Selanjutnya pada
keesokan harinya sewaktu sampai di desa Hunfur, Habib Isa diperintahkan
ke desanya dan selanjutnya diminta pada malam Khamis untuk pergi ke
desa Nafhun. Kata Habib Isa: “Aku tiba di desa Nafhun pada malam Khamis
dan aku dapatkan putra-putra Habib Umar dan kawan-kawan serta
murid-muridnya yang datang dari pelbagai tempat sedang berkumpul dengan
beliau”.
Di waktu menjelang saat wafatnya Habib Umar, beliau mengulang-ulang mengucapkan bait puisi:
“Wajah kekasihku adalah tatapanku, aku senantiasa menghadapkan wajahku kepada-Nya,
cukuplah
dia sebagai kiblatku dan aku pun pasrah diri kepada-Nya”. Kedua bait
puisi di atas adalah ucapan Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus
al-Adni.
Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas: “Ketika saat menjelang
kewafatannya, ayahku mengulang-ulangi bait-bait puisi al-Faqih Umar
Bamahramah:
“Jika bukan dikarenakan besarnya harapan kepada Allah dan
berkeyakinan yang baik terhadap orang-orang yang menghiasi masjid dengan
yang selalu menghadiri solat berjamaah, tentunya tak seorangpun di
antara kami yang mengharapkan kesenangan pada sisia umur, sebab
beristirehat di perkuburan adalah lebih baik dan lebih bermanfaat dari
hidup di dunia, berada di antara orang-orang yang suka berbuat fitnah
dan suka menghasut”.
Dikatakan pula oleh al-Habib Hussein bahawa sebelum tiba saat kewafatannya, Habib Umar sempat mengulang firman Allah:
“Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang telah menzalimi dirinya,
janganlah kalia berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah
berkenan memberi ampun seluruh dosa-dosa, sesungguhnya Dia Maha Pemberi
Ampun dan Maha Penyayang”.
Dikatakan pula bahawa Habib Umar sering membaca surat al-Fatihah
kemudian beliau mengusap tangannya ke wajahnya. aku pernah bertanya
kepada beliau: “Mengapa aku sering melihatmu membaca al-Fatihah kemudian
engkau mengusapkan tanganmu ke wajahmu?” Jawab Habib Umar: “Kira-kira
mengapa aku melakukan hal itu?” Kata Habib Hussein: “Aku tidak tahu”.
Kata Habib Umar: “Apa yang dikatakan orang banyak?” Jawab Habib Hussein:
“Mereka sering mengeluh tentang kesulitan mereka”. Kata Habib Umar:
“Sesungguhnya aku memperbanyak membaca al-Fatihah dengan harapan semoga
mereka dijauhkan dari segala bencana dan diberi kebahagian sebab mereka
peru diperhatikan”.
Kata al-Habib Hussein bin Umar: “Selama dalam sakitnya, ayahku
sering tidak sedarkan diri. Jika beliau sadar, maka beliau sering
menanyakan keadaan para sesepuh ulama yang ada beliau. Ketika beliau
ditanya tentang dimanakah beliau harus dikuburkan, maka beliau berkata:
“Mohonlah petunjuk kepada Allah, nanti Allah memberi petunjuk kepadamu”.
Nyatanya setelah beliau wafat, maka banyak pertolongan-pertolongan yang
datangnya dari berbagai tempat. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya
yang terakhir, beliau berwasiat kepada kami: “Perhatikanlah keadaan
agama kalian, hendaknya kalian saling tolong-menolong dan bersabar,
sebab besabar akan memberi hasil yang memuaskan”. Di saat itu pula
beliau berdo’a memohonkan pertolongan bagi orang-orang Islam agar diberi
kesabaran bila mereka berpisah dengan beliau”.
Di saat yang sekrisis itu, beliau bertanya tentang muridnya
Syeikh Abbas bin Abdillah Bahafash, apakah ia sudah datang dari desa
Huraidzah, sebab beliau minta dimandikan oleh Syeikh Abbas. Untungnya
Syeikh Abbas tiba di malam harinya sebelum beliau wafat, sehingga beliau
bergembira atas kedatangannya.
Ketika sedang menghadapi saat-saat terakhir, maka beliau menyuruh
orang-orang yang ada di sekitarnya untuk berzikir di sisinya dengan
suara keras, sehingga terdengar seperti gaungnya Tawon. Beliau
menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan berzikir dan diiringi dengan
suara zikir dari orang-orang yang ada di sekitarnya.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau minta
diwudhui. Maka Syeikh Abbas bin Bahafash mewudhui beliau. Ketika Syeikh
Abbas lupa menyela-nyela janggut beliau, maka beliau mengingatkannya
dengan gerakan tangan sebab pada waktu itu beliau sudah tak dapat
berkata-kata, tentunya hal itu ada sebagai petanda bahawa beliau selalu
mengikuti jejak sunnah Rasulullah S.A.W. Sekalipun di saat yang sangat
krisis.
Di saat itu, salah seorang murid beliau yang menyebut-nyebut
kalimah Laa Ilaaha Illallah di sebelah telinga beliau sebagaimana yang
disunnahkan Rasulullah S.A.W. meskipun orang itu telah diberitahu bahawa
perbuatan semacam itu tidak perlu dilakukan terhadap Habib Umar yang
telah menjadikan kalimat zikir telah menyatu dengan darah dan dagingnya.
Habib Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah malam ,
iaitu malam Khamis tanggal 23 Rabi’ul Akhir 1072H. Wafatnya Habib Umar
membuat murid-murid dan pengikut beliau sedih yang sangat mendalam baik
kecil maupun besar. Beliau wafat di desa Nafhun , tetapi jenazah beliau
dimakamkan di desa Huraidzah pada hari Khamis sore. Para pelawat jenazah
beliau mengadakan pembacaan al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali
dan hal itu berlangsung lapan hari di sisi kubur beliau. Hal itu
menunjukkan betapa besarnya karomah beliau. Tepat pada dikuburkannya
Habib Umar, suasana di desa itu diliputi mendung dan hujan. Kepergian
Habib Umar banya membangkitkan keinginan para penyair untuk menuangkan
duka-cita mereka dalam bait-bait puisi yang indah. Di antara puisi
al-Faqih Umar bin Qadim.
Beberapa mimpi tentang keadaan Habib Umar setelah beliau wafat
Tepat di malam wafatnya Habib Umar al-Attas, salah seorang saleh
dari keluarga Ba’alawi di Tarim bermimpi seolah-olah bulan dan matahari
terjatuh di tanah keluarga Ba’alawi, nyatanya ia mendengar khabar
tentang wafatnya Habib Umar.
Disebutkan oleh Syeikh Abdullah bin
Syeikh Ali bin Abdullah Baras, katanya ketika Syeikh Ali telah wafat,
maka Syeikh Muhammad bin Ahmad Bamasymus mimpi bertemu dengan Syeikh Ali
Baras dan ia bertanya kepadanya: “Di manakah engkau bertemu dengan
Habib Umar?” Jawab Syeikh Ali Baras: “Aku sempat berjabatan tangan
dengan Habib Umar di dekat Arasy Tuhan”.
Disebutkan oleh seorang
keluarga Bawazir, bahwa ia bermimpi di suatu malam seolah-olah hari
kiamat telah tiba. Pada saat itu seolah-olah manusia sedang berkumpul di
padang Mahsyar, jumlah mereka amat banyak. Ketika mereka sedang berada
di tengah-tengah padang Mahsyar, tiba-tiba ada api di bawah Hadraumaut,
sedangkan Malaikat menggiring manusia dengan besi yang amat panjang.
Ketika orang-orang itu melihat api dan rantai yang panjang, maka mereka
berlarian ke sebuah tempat di Wadi Amed, maka aku lihat ada cahaya turun
dari langit seperti awan putih yang mengumpal. Ketika aku tanyakan:
“Apa kejadian ini?” Maka dikatakan: “Ini adalah cahaya Tuhan Yang Maha
Mulia yang hendak menghakimi manusia di padang Mahsyar. Di saat itu aku
lihat Habib Umar berdiri di bawah pancaran cahaya itu, sedangkan
Malaikat Ridwan berada di sebelah kanan beliau. Demikian pula Malaikat
Malik hadir dengan wajah yang seram. Kemudian aku lihat Habib Umar
memohon syafaat kepada Allah bagi umat Muhammad S.A.W: “Wahai Tuhan
kami, mereka adalah umat Muhammad S.A.W, mereka datang kepada Engkau
dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan menyaksikan
bahawa Muhammad utusan Allah, mereka mendirikan solat, membayar zakat,
berpuasa Ramadhan, beribadah Haji, bersedekah, menyambung tali
kekerabatan, menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menjauhi
perbuatan-perbuatan maksiat, karena takut kepada-Mu. Jika Engkau seksa
mereka, maka mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni
mereka, maka Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ucapan Habib Umar
itu dibantah oleh Malaikat Malik: “Wahai Tuhan kami, mereka tidak
seperti yang dikatakan oleh Habib Umar. Mereka meninggalkan solat, tidak
mau bayar zakat, tidak berpuasa dan tidak berhaji, dan mereka selalu
melanggar larangan-larangan-Mu. Habib Umar mengulangi permohonannya
sekali lagi dan Malaikat Malik pun mengulangi bantahannya pula, sampai
akhirnya Allah berfirman: “Demi kemuliaan-Ku, Aku terima permohonan
Habib Umar dan Aku berkenan mengampuni mereka”. Allah berfirman: “Wahai
Malaikat Ridwan, bukalah pintu Syurga dan ajaklah mereka masuk ke
dalamnya”. Maka Malaikat Ridwan bangkit dan bergembira dan melaksanakan
perintah Allah kepadanya. Sedangkan Malaikat Malik terlihat amat geram.
kata orang yang bermimpi itu: “Pada saat itu, seolah-olah aku berdiri
bersama mereka dengan memegangi baju Habib Umar dan aku merasa amat
takut sehingga aku berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib Umar,
bicaralah kepada Malaikat Ridwan agar aku dimasukkan Syurga bersamanya”.
Kata Habib Umar: “Pergilah engkau bersama mereka ke dalam Syurga kerana
permohonanku telah diterima oleh Allah bagi uma ini”. Kataku:
“Bicarakanlah dengan Malaikat Ridwan untuk membawa ke dalam Syurga,
sebab aku takut dengan dosa-dosaku yang amat banyak”. Kata Habib Umar:
“Wahai Malaikat Ridwan, bawalah orang ini ke dalam Syurga”. Jawab
Malaikat Ridwan: “Biarkan ia pergi bersama”. Ketika Malaikat Ridwan
memegangi tanganku dan mengajakku ke dalam Syurga, maka aku terbangun
karena terasa amat senang”.
Kata-kata mutiara dari Habib Umar al-Attas
Habib Umar pernah berkata: “Perhatikan kebiasaan baik yang engkau
inginkan, wafat dalam kebiasaan itu, karena itu tetaplah engkau dalam
kebiasaan seperti itu, dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak
engkau inginkan wafat dalam kebiasaan seperti itu, kerana itu jauhilah
kebiasaan itu”.
Habib Umar berkata: “Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan baik, maka yakinlah engka orang itu teguh agamanya”.
Habib Umar berkata: “Sumber-sumber ilmu tidak akan berkurang
sedikitpun dari generasi terkemudian, akan tetapi pada umumnya mereka
datang dengan membawa wadah yang bocor, sehingga tidak memperoleh ilmu
kecuali sedikit.”
Habib Umar berkata: “Sebagian orang yang datang dengan membawa
benjana yang dapat mencukupinya dalam waktu sebulan, ada yang
mencukupinya hanya 8 hari, ada juga yang mencukupinya sehari, tetapi ada
juga yang dapat mencukupinya sepanjang hidupnya”.
Ketika beliau mendengar sabda Nabi S.A.W:
“Seseorang adakalanya beramal kebajikan-kebajikan sampai antara
ia dengan Syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketentuan Illahi,
ia ditetapkan sebagai penghuni Neraka, sehingga ia melakukan
perbuatan-perbuatan amal penghuni Neraka, sampai ia masuk ke dalam
Neraka. Seseorang adakalanya beramal kejahatan-kejahatan sampai antara
ia dengan Neraka hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketetapan Illahi,
ia ditetapkan sebagai calon penghuni Syurga, sampai ia masuk ke dalam
Syurga”.
Komentar Habib Umar: “Seseorang yang selalu mengerjakan amal-amal
ahli Syurga, kebanyakkannya akan masuk ke dalam Syurga, sebab perbuatan
lahiriyah adalah lambang perbuatan batiniyah. Jika ia sampai masuk ke
dalam neraka, maka hal itu jarang sekali. Hal itu seperti seorang yang
jatuh dari tempat yang tidak terlalu tinggi, tentunya orang itu tidak
akan berbahaya. Demikian pula seorang yang melakukan amal-amal penduduk
neraka, kebanyakannya ia akan masuk ke dalam neraka. Tetapi kalau ia
masuk ke dalam Syurga, maka hal itu jarang terjadi sekali. Hal itu
seperti seorang yang jatuh dari puncak gunung, kebanyakannya akan mati”.
Habib Umar berkata: “Seorang yang melakukan amal kebajikan tetapi
ia suka makan yang diharamkan, maka ia seperti seorang yang mengambil
air dengan tempayan yang datar, alias tidak akan memperoleh pahala
sedikitpun”.
Habib Umar berkata: “Dulu di antara manusia, ada yang datang
membawa pelitanya lengkap dengan minyak dan koreknya yakni dengan
persiapan yang lengkap, sehingga gurunya dapat menyalakan. Tetapi kini,
banyak di antara yang datang kepada gurunya tetapi mereka tidak membawa
apapun gurunya dapat menyalakan”.
Habib Umar berkata: “Bersabar itu akibatnya adalah positif. Allah
akan selalu memberi akibat positif bagi seorang yang bersabar.
Alhamdulillah apa yang dikehendaki Allah pasti akan ditentukan, dan apa
yang akan dilaksanakan Allah, maka akan terlaksana”.
Habib Umar berkata pada sekelompok kaum petani: “Apakah kaum
petani akan tidur nyenyak di malam hari, bila di malam hari ada
pembagian air untuk sawah-sawah mereka yang dapat mengairi sawah-sawah
mereka?” Jawab mereka: “Tidak seorangpun akan tidur di antara kami.”
Kata Habib Umar: “Hendaknya orang-orang yang menghendaki keselamatan di
akhirat meninggalkan tidurnya, demi untuk mendapatkan siraman rahmat di
tengah malam hari”.
Ketika dibacakan bait puisi Syeikh Abdul Hadi Assudi:
“Siapa yang mencinta Suad, hendaknya selalu tidak tidur di malam hari”.
Habib
Umar memberi komentarnya: “Siapa mencintai Huraidzah, maka ia tidak
tidur di malam hari, artinya siapa yang mencintai seorang, maka ia harus
mengikuti perjalanannya, sebab mengikuti perilaku seseorang sebagai
tanda cinta kepadanya”.
Habib Umar berkata: “Hendaknya kalian senantiasa menghadirkan
hati kalian kepada Allah dan hendaknya kalian senantiasa menghadirkan
hati kalian kepada Allah dan hendaknya kalian bertawakal kepada-Nya
sepenuh hati, sebab Allah mengetahui di manapun kalian berada.”
Habib Umar berkata: “Syaitan dapat menggoda manusia dari sisi manapun yang tak pernah ia perkirakan”.
Habib Umar berkata: “Buah kurma atau buah ketimun dari sumber yang halal lebih baik dari bubur daging dari sumber syubhat”.
Habib Umar berkata: “Janganlah terlalu perduli kepada dunia dan
penghuninya dan janganlah merasa iri pula dengan pakaian atau makanan
yang dimiliki oleh penghuninya”.
Pada suatu hari, ketika banyak orang yang mengucapkan kata
belasungkawa kepada Habib Umar atas wafatnya putranya beliau yang masih
kecil, maka beliau berkata dengan ungkapan yang dipenuhi rasa hairan:
“Alangkah entengnya musibah dalam agama menurut kalian, padahal kalian
tidak pernah menyatakan belasungkawa andaikata aku terlambat solat
berjamaah artinya terlambat solat berjamaah lebih pantas untuk disesali
atas kewafatan seseorang anak kecil”.
Ketika beliau mendengar kekaguman sebagian orang yang menyaksikan
kekeramatan seseorang wali, maka beliau berkata: “Sesungguhnya semua
itu hanyalah kemurahan Allah yang memberikan kepada seorang hamba”.
Ketika disebutkan kepada beliau: “Mengapa dialek bahasamu tidak
berubah, padahal engkau telah lama tinggal di bagian atas Hadramaut?”
Jawab Habib Umar: “Seorang yang merubah dialek bahasanya adalah seorang
yang kurang akalnya”.
Habib Umar berkata: “Desa Huraidzah adalah wilayah kehormatan
kami, adapun wilayah kehormatan Syeikh Abdul Qadir Djaelani ada di masa
sebelum kami, barangsiapa yang melakukan perbuatan yang lahiriyahnya
maka akan kami lakukan baginya perbuatan lahiriyah pula, demikian pula
barangsiapa yang melakukan perbuatan batiniyah, maka kamipun akan
melakukan hal serupa baginya”.
Ketika ada seorang berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib Umar,
kelak kami ingin dikubur bersebelahan dan berdekatan denganmu”. kata
Habib Umar: “Kami harap akan memberi syafaat bagi seluruh penduduk
Huraidzah atau penduduk dunia”.
Ketika ada sebagian orang berkata si fulan lebih baik dari si
fulan, maka Habib Umar berkata: “Yang dikatakan orang baik adalah
seorang yang telah melewati pintu Syurga sampai masuk ke dalamnya”.
Habib Umar berkata: “Aku beserta putra-putraku di mana saja
mereka berada”. Ditanyakan kepada beliau: “Wahai Habib Umar, bagaimana
mungkin engkau dan putra-putramu berada di tempat ini yang jauh dari
kota-kota yang besar dan yang terkenal dengan wali-wali seperti
kota-kota Tarim?” Jawab Habib Umar: “Harumnya suatu tempat tergantung
keharuman penduduknya, demikian pula kami akan mengharumi negeri kami
sendiri”.
Habib Umar berkata: “Kezaliman kaum penguasa terhadap rakyatnya
akan menambah kebajikan bagi rakyat negeri itu, baik di dalam masalah
dunia maupun akhirat, yang sedemikian itu sama halnya dengan sebuah
sumur, makin banyak diambil airnya maka sumur itu makin banyak
memancarkan air, sebaliknya jika sumur itu tidak diambil airnya, maka
tidak akan bertambah airnya sedikitpun, mungkin arnya akan menjadi
busuk, karena air di dalamnya tidak pernah bergerak”.
Ketika ada seorang dermawan yang mengeluh kepada Habib Umar
bahawa ia tidak bisa mengerjakan solat di awal waktunya, dikarenakan ia
tidak mau menolak permintaan orang yang minta bantuan daripadanya
meskipun telah tiba waktu solat, maka Habib Umar berkata: “Wahai
saudaraku, bila waktu solat telah tiba, tinggalkan semua kegiatanmu
sebab Allah lebih pantas untuk diperhatikan daripada yang lain”.
Beliau menganjurkan setiap orang yang telah mengkhatamkan bacaan
al-Quran yang ditujukan bagi arwah-arwah orang-orang yang telah wafat,
hendaknya ia membaca Tahlil iaitu mengucapkan Laa Ilaaha Illallah
seberapa banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan Subhaanallahi
Wabihamdi beberapa banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan dengan
membaca Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah sebanyak 3 kali
dengan memanjangkan bacaannya, kemudian hendaknya ia mengucapkan solawat
sebanyak 3 kali iaitu Allahumma Solli ‘Alaa Habibika Sayyidina
Muhammadin Wa Alihi Wa Shohbihi Wasallim, kemudian hendaknya ia
mengucapkan Ya Rasulullah ‘Alaika Salam Ya Rasulullah Salamun Fi Salamin
‘Alaika sebanyak 3 kali, setelah itu hendaknya membaca al-Fatihah
sebanyak 1 kali, surat al-Ikhlas 11 kali, surat al-Falaq sebanyak 1
kali, surat an-Naas sebanyak 1 kali, ayat Kursi 1 kali, akhir surat
al-Baqarah 1 kali dan surat al-Qadar 1 kali dengan niat menghadiahkan
pahalanya kepada arwah yang dituju”.
Pernah Habib Umar menganjurkan muridnya membaca Istighfar dan Alhamdulillah sebanyak mungkin setelah seorang membaca Maulud.
Habib Umar menganjurkan untuk memperbanyak membaca Istighfar dan
Solawat, sebab keduanya adalah sebaik-baik zikir yang dapat menolong
kesulitan di masa kini.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Jika engkau
mengucapkan sebanyak 11 kali tiap kali kalimat-kalimat ini, berarti
engkau telah menjalankan apa yang pernah diajarkan oleh Habib Umar
al-Attas:
Disebutkan ada seorang pengikut Habib Umar berkata beliau: “Aku
lihat orang-orang yang berada di majlis ini Wali semuanya”. Kata Habib
Umar: “Apa yang engkau katakan itu memang benar”. Ketika orang itu
keluar dari Majlis Habib Umar, maka beliau ditanya oleh seorang yang
hadir dari Majlis itu tentang maksud ucapan beliau kepada orang
tersebut. Maka Habib Umar berkata: “Sesungguhnya orang itu telah
diangkat menjadi Wali Allah, sehingga melihat orang lain menurut
cerminnya, sebab seorang mukmin menjadi cermin mukmin hainya”.
Kesaksian orang-orang mulia tentang kebesaran al-Habib Umar al-Attas
Disebutkan ketika Habib Umar al-Attas dan sekelompok orang datang
ke tempat Habib Husin bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, maka Habib Umar
berada di jajaran paling belakang di antara mereka dan pakaian beliau
pun agak lusuh dan buta kedua matanya. Ketika Habib Husin melihat pada
diri Habib Umar, maka beliau berkata kawan-kawan Habib Umar: “Mengapa
kalian lebih menonjolkan hal-hal yang nampak saja sampai kalian tidak
mau memuliakan orang ini pada tempat yang semestinya. Andaikata kamu
tahu kedudukan Habib Umar yang sebenarnya, pasti kalian akan tunduk
kepadanya dan pasti kalian akan lebih memuliakan kepada beliau”.
Ketika Habib Muhammad bin Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin
Syeikh Abdurrahman as-Seggaf, seorang wali yang berdomisili di kota
Makkah menerima salam dari Habib Umar lewat Syeikh Salim bin Ali
Ba’ubad, maka ia menundukkan kepalanya sejenak, kemudian ia berkata:
“Hendaknya setiap orang yang berkepala rela menundukkan kepalanya demi
menghormati Habib Umar al-Attas dan demi menghormati kebesaran Allah,
sesungguhnya aku mendengar suara gemerincing dari langit, demi untuk
menghormati Habib Umar. Beliau juga mengatakan kini tidak seorangpun di
kolong langit yang lebih mulia dari Habib Umar al-Attas.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad pernah menyatakan di sebuah
suratnya yang ditunjukkan pada seorang muridnya bahawa di zaman itu
tidak seorang walipun yang setara dengan Habib Umar al-Attas.
Disebutkan oleh salah seorang murid Habib Abdullah al-Haddad,
bahawa ketika aku berada di majlis Habib Abdullah al-Haddad, maka
tergerak hatiku untuk menanyakan kepada beliau tentang sifat Habib Umar
al-Attas. Maka secara spontan Habib Abdullah al-Haddad berkata: “Seorang
yang mengenali Habib Umar al-Attas, maka ia akan dapati sifat Habib
Umar al-Attas mirip dengan Sayyidina Abdurrahman as-Seggaf”.
Kata al-Habib Abdullah al-Haddad: “Habib Umar al-Attas adalah
ibarat hati dan kebenaran yang dimiliki oleh seseorang dan orang itu
tidak memiliki nafsu apapun.”
Ketika Habib Abdullah al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib
Umar al-Attas meninggalkan karya tulis atau bait-bait puisi?” Jawab
Habib Abdullah: “Yang ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang
seperti aku, Syeikh Ali Baras dan Syeikh Muhammad Bamasymus”.
Ketika orang menyebut-nyebut sifat Habib Umar al-Attas di hadapan
Habib Abdullah al-Haddad, maka beliau berkata: “Itu orang (al-Habib
Umar) yang pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu dan lemah-lembut,
sehingga tangkai-tangkainya seperti itu juga”.
Selanjutnya Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi menyebutkan berbagai sifat yang dimiliki oleh Habib Umar al-Attas sebagai berikut:
Habib Umar al-Attas, sejak di usia kecil, beliau sudah gemar beribadah, zuhud dan menjaga dirinya baik-baik dari sifat buruk.
Beliau sentiasa menghormati para Wali Allah, pengayom kaum Muslim, wanita-wanita janda dan anak-anak yatim.
Habib Umar selalu menghibur mereka dengan berita-berita baik,
sehingga mereka amat meyakini dan mencintai Habib Umar sepenuh hati.
Di kalangan umum dan khusus, Habib Umar dikenal sebagai orang yang penuh kasih sayang.
Habib
Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Al-Habib Husin bin Syeikh Abu
Bakar sangat sangat bangga dikarenakan Habib Umar menuntut ilmu dari
beliau”.
Habib Ali al-Attas berkata: “Habib Umar al-Attas sangat bangga dikarenakan Habib Abdullah al-Haddad menuntut ilmu dari beliau”.
Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij selalu menganjurkan
murid-muridnya untuk pergi ke kota Huraidzah bila mereka memohon ijazah
ilmu dari beliau sebab ketika itu Habib Umar al-Attas masih hidup.
Menurut beliau Habib Umar adalah tokoh semua keluarga Ba’alawi.
Murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar al-Attas
Di antara murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar adalah:
Putra-putra beliau, di antaranya adalah Habib Husin, Habib Salim, Habib
Abdurahman, saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah
al-Haddad, Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim
al-Habsyi, Habib Abdullah bin Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin
Abdurrahman Madihij, Sayis Ali bin Umar bin Husein bin Ali bin Syeikh
Abu Bakar, Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad Bamasymus, Syeikh Muhammad
bin Umar Alamudi yang dikenal dengan jolokan Ghozali di Budzah, Syeikh
Abdullah bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin Ahmad Ba’afif Alamudi,
Syeikh Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin Syeikh Ahmad bin
Sahal Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis, Syeikh Muhammad
bin Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah bin Syeikh Umar
Syarahil Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim Baubad, Habib
Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad bin Umar
al-Hinduan, Habib Zein bin Imron Ba’alawi, Syeikh Abbas bin Abdillah
Bahafash, Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin
Muhammad bin Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin
Sholeh, Qouzan Zahir, Al-Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin
Abdurrahman Junaid Bawazir, Syeikh Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul
Ma’bud Wazir, Muhammad bin Umar Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika
Syibami, Syeikh Ahmad bin Muhammad Bajamal, Syeikh Ali bin Toha
as-Seggaf, Syeikh Umar bin Ali az-Zubaidi Al-Faqih Abdullah bin Umar
Ba’ubad, Syeikh Ali bin Ahmad bin Wurud Bawazir, Habib Aqil bin Syeikh
as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman al-Habsyi, Syeikh Ali bin
Haulan, Syeikh Ali bin Kosim al-Udzri, Syeikh Mahmud Jummal an-Najar
yang pernah bertemu dengan Hidzir tetapi tidak meminta do’a karena
merasa cukup dengan do’a gurunya iaitu Habib Umar.
Habib Umar bin Abdurrahman Albar pernah berkata kepada Habib Ali
bin Hasan al-Attas: “Wahai Ali, sesungguhnya seluruh penduduk Hadhramaut
pernah berhubungan dengan kakekmu al-Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas. Di antara mereka ada yang berhubungan dengan beliau dari satu
jalur, ada yang berhubungan dengan beliau dari dua jalur, bahkan ada
yang berhubungan dengan beliau dari tiga jalur”.